Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di Leicester: Suspek keenam ditangkap

-

LONDON: Polis yang menyiasat letupan di tengah bandar Leicester pada minggu lepas, menyebabka­n lima orang maut dan memusnahka­n sebuah bangunan, telah menangkap suspek keenam kelmarin.

“Seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an, dari Anglia Timur, ditangkap kerana disyaki bagi pembunuhan tanpa niat,” menurut polis tempatan dalam satu kenyataan.

“Dia sekarang berada dalam tahanan di mana dia akan disoal siasat oleh detektif.”

Ia berlaku selepas pendakwaan pada Sabtu terhadap tiga lelaki lain atas tuduhan pembakaran sengaja dengan niat untuk membahayak­an nyawa dan lima tuduhan pembunuhan tanpa niat.

Tertuduh – semuanya berusia dalam 30-an dan berasal dari Leicester, bandar berhampira­n Coventry, dan Oldham di barat laut England – hadir di mahkamah semalam.

Dua lelaki lagi, juga dalam lingkungan usia 30-an dan dari Anglia Timur, yang ditangkap pada Jumaat lepas telah “dibebaskan di bawah siasatan” pada hujung minggu.

Letupan pada 25 Februari berhampira­n pusat bandar Leicester telah memusnahka­n sebuah pasar raya dan sebuah flat dua tingkat di atasnya.

Seorang wanita berusia 46 tahun dan dua anak lelaki remajanya terbunuh dalam letupan, bersama salah seorang teman wanita mereka, 18 tahun, serta seorang wanita berusia 22 tahun.

Polis berkata kejadian itu tiada kaitan dengan terorisme, menggesa pihak media dan orang awam agar tidak membuat spekulasi mengenai punca letupan.

“Dengan tiga orang telah didakwa dan dijangka hadir di mahkamah, ia menjadi semakin lebih penting, bagi sebab-sebab perundanga­n, bahawa mesej ini diambil peduli,” kata polis Leicesters­hire pada Sabtu lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia