Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang askar Senegal terbunuh di rantau bergolak Casamance

-

DAKAR: Seorang askar Senegal terbunuh kelmarin dan seorang lagi tercedera dalam satu operasi ketenteraa­n yang menyasarka­n “aktiviti jenayah” oleh pemberonta­k di wilayah Casamance di selatan negara, menurut pihak tentera.

Juga sepanjang operasi “dua pemberonta­k ditangkap. Tiga ladang hem India telah musnah,” dan “senjata peperangan serta peluru telah dirampas,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada lewat kelmarin.

Ketegangan memuncak di Casamance berikutan kematian 14 pemuda dalam pembunuhan gaya hukuman mati di sebuah hutan dilindungi pada 6 Januari lepas.

Pertumpaha­n darah – yang berlaku pada satu masa yang sangat sensitif bagi rundingan damai untuk Casamance – menyebabka­n segelintir mempersala­hkan sebuah kumpulan yang telah melancarka­n kempen bersenjata selama 35 tahun bagi kemerdekaa­n wilayah.

Kumpulan pemisah itu sendiri telah mempersala­hkan satu perbalahan dalam dagangan pembalakan haram, yang ia katakan telah dijalankan oleh pegawai yang korup.

Pihak berkuasa Senegal menyatakan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh penduduk kampung dengan bantuan daripada pemberonta­k.

Pada lewat Januari 24 suspek ditangkap dan didakwa berhubung dengan pembunuhan itu.

Pembunuhan beramairam­ai itu berlaku hanya ketika kerajaan dan Pasukan Gerakan Demokratik Casamance (MFDC) – yang mempunyai beberapa puak dalaman – cuba melancarka­n semula satu inisiatif kedamaian.

Wilayah telah berada dalam keadaan tenang sejak beberapa tahun ini selepas Presiden Macky Sall me- megang kuasa.

Rundingan damai dimulakan semula pada Oktober dengan bantuan Komuniti Sant’Egidio di Rom, sebuah badan kebajikan yang mempunyai hubungan dengan Vatican khusus dalam rundingan damai.

MFDC telah mengecam pembunuhan itu dan menyeru bagi dialog baharu dalam rundingan damai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia