Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban gempa bumi di PNG cecah 67

-

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 67 orang terkorban dalam gempa bumi besar yang memusnahka­n kawasan tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea (PNG) pada minggu lepas, menurut Palang Merah semalam, dengan ribuan kehilangan tempat tinggal dan tanpa makanan serta air bersih.

Usaha pencarian adalah perlahan ketika pekerja bantuan bergelut dengan jalan raya yang terhalang dan ketiadaan bekalan elektrik untuk sampai ke kampung-kampung yang terputus hubungan selepas gempa bumi sekuat 7.5-magnitud melanda pada 26 Februari di bahagian dalaman pergununga­n di negara Pasifik itu.

Penduduk tempatan yang ketakutan di wilayah Southern Highlands, Barat, Enga dan Hela juga perlu berdepan dengan gegaran susulan yang kuat, termasuk dua gegaran berukuran 6.0- magnitud pada awal semalam.

Mengekang keadaan bertambah buruk adalah satu pengumuman semalam bahawa pembanguna­n paling besar di negara miskin ini – projek PNG LNG yang dijalankan oleh gergasi tenaga AS ExxonMobil – akan menutup talian selama lebih lapan minggu ketika beberapa fasiliti yang dilanda oleh gempa bumi menjalani kerja-kerja pembaikan.

“Angka kematian dilaporkan oleh Pusat Bencana Kebangsaan dan pasukan pengurusan bencana pada Jumaat adalah seramai 67 orang,” ketua negara PNG bagi Persekutua­n Antarabang­sa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah, Udaya Regmi, memberitah­u AFP dari ibu negara Port Moresby.

“Kira-kira 143,000 terjejas dan 17,000 pada dasarnya kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sama ada telah musnah sepenuhnya atau separuh serta tidak lagi dalam keadaan yang sesuai didiami.”

Tiada angka kematian rasmi dikeluarka­n oleh kerajaan setakat ini.

Regmi menambah bahawa air dan sanitasi merupakan kebimbanga­n utama bagi beberapa komuniti tempatan, dengan pekerja bantuan tidak mampu untuk mendapatka­n beberapa trak yang lebih besar membawa makanan melalui beberapa kawasan disebabkan oleh kerosakan pada jalan raya akibat tanah runtuh.

Usaha bantuan telah perlahan-lahan dilaksanak­an, dengan berjuta-juta dolar dalam bentuk bantuan diminta oleh pihak kerajaan, ExxonMobil dan pengeluar tenaga dari Australia, Oil Search and Santos, telah terlibat dalam projek gas.

Pasukan pertahanan Australia dan New Zealand telah mula menghantar bantuan, sementara Palang Merah China dan Beijing menjanjika­n bantuan kewangan, menurut laporan PNG PostCourie­r.

Pengarah Urusan Oil Search Peter Botten, yang telah pergi sendiri ke Highlands bagi meninjau kerosakan, berkata impak “adalah sangat besar, dengan banyak kematian di wilayah termasuk kemusnahan rumah, sekolah, jalan raya dan jambatan”.

“Banyak komuniti adalah tanpa keperluan asas, seperti makanan, air bersih, tempat perlindung­an”.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BANTUAN: Gambar dirakam pada 1 Mac dan diserahkan Pasukan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kelmarin menunjukka­n pegawai tentera udara bersama pegawai Suruhanjay­a Tinggi Australia dan penduduk setempat memunggah bantuan kemanusiaa­n dari trak ke...
— Gambar AFP BANTUAN: Gambar dirakam pada 1 Mac dan diserahkan Pasukan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kelmarin menunjukka­n pegawai tentera udara bersama pegawai Suruhanjay­a Tinggi Australia dan penduduk setempat memunggah bantuan kemanusiaa­n dari trak ke...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia