Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Filipina berkas militan disyaki pro-IS

Dituduh bunuh orang awam ketika penawanan bandar selatan Marawi tahun lepas

-

MANILA: Polis Filipina semalam mengumumka­n mengenai penahanan seorang pejuang jihad yang disyaki prokumpula­n Negara Islam ( IS), dituduh membunuh orang awam dalam kejadian rampasan maut di bandar selatan Marawi pada tahun lepas.

Beratus-ratus penyerang bersenjata yang mengibarka­n bendera hitam IS merampas Marawi pada Mei tahun lepas, mengorbank­an lebih 1,100 nyawa, dalam satu usaha untuk menubuhkan sebuah negara Islam di negara yang sebahagian besar pendudukny­a menganut agama Katolik.

Nasser Lomondot ditangkap pada Sabtu lepas di Manila, beberapa bulan selepas dia melarikan diri dari pertempura­n di Marawi.

“Dia terlibat dalam pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dan melakukan keganasan terhadap tebusan wanita dan kanak-kanak,” jurucakap tentera wilayah Mejar Ronald Suscano mem- beritahu wartawan. Ketika pasukan tentera kerajaan berusaha untuk merampas semula kawalan ke atas Marawi, Lomondot telah mengarahka­n satu serangan untuk mengalihka­n perhatian oleh penyerang pro- IS di pekan berhampira­n Marantao, tambah Suscano.

“Dia adalah salah seorang perancang utama serangan di pekan Marantao...ketika pertempura­n masih lagi berlaku” di Marawi, jelas Suscano.

Lomondot telah ditangkap bersama suspek kedua pro-IS, menurut ketua polis Manila Oscar Albayalde dalam satu kenyataan.

Pihak tentera Filipina memberi amaran pada bulan lepas bahawa saki bali militan dari Marawi telah mengumpulk­an satu pasukan seramai kirakira 200 anggota dalam persediaan melancarka­n cubaan kedua untuk menubuhkan sebuah kerajaan di bahagian selatan negara itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIBERKAS: Gambar serahan Polis Negara Filipina semalam menunjukka­n Lomondot (tengah), ketika sidang akhbar di ibu pejabat Polis Negara Filipina di Manila.
— Gambar AFP DIBERKAS: Gambar serahan Polis Negara Filipina semalam menunjukka­n Lomondot (tengah), ketika sidang akhbar di ibu pejabat Polis Negara Filipina di Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia