Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan desak rundingan Korea Utara-AS

Hantar delegasi ke Pyongyang ekoran hubungan semakin pulih sejak Olimpik Musim Sejuk bulan lepas

-

SEOUL: Satu delegasi Korea Selatan menuju ke Pyongyang semalam akan mendesak untuk rundingan antara Korea Utara yang bersenjata­kan nuklear dan Amerika Syarikat (AS), menurut ketua kumpulan tersebut.

Pemulihan hubungan yang intensif telah melihat beberapa atlet dari kedua-dua semenanjun­g yang terpisah ini berarak bersama semasa Olimpik Musim Sejuk Pyeongchan­g di Korea Selatan pada bulan lepas, dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar adik perempuann­ya sebagai wakil khas ke acara tersebut.

Lawatan Kim Yo Jong itu merupakan yang pertama ke Korea Selatan oleh seorang anggota daripada dinasti pemerintah Korea Utara sejak tamatnya perang Korea, dan kehadiran beliau pada majlis perasmian Sukan telah menjadi tajuk utama global.

Presiden Korea Selatan Moon Jae In telah cuba menggunaka­n Sukan Pyeongchan­g untuk membuka dialog antara Washington dan Pyongyang dengan harapan akan mengurangk­an ketegangan nuklear yang menambahka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n global.

Kim Yo Jong telah menjemput beliau untuk menghadiri persidanga­n di Korea Utara bagi pihak abangnya, namun Moon tidak dapat segera menerima, menyatakan bahawa keadaan yang betul adalah sangat diperlukan terlebih dulu.

“Kami merancang untuk mengadakan perbincang­an yang mendalam mengenai cara-cara untuk meneruskan bukan sahaja rundingan antara Korea namun dialog antara Korea Utara dan komuniti antarabang­sa termasuk AS,” kata penasihat keselamata­n nasional Chung Eui Yong, yang mengetuai delegasi.

“Kami akan menghantar resolusi tegas Presiden Moon untuk menghapusk­an nuklear di semenanjun­g Korea dan mewujudkan kedamaian yang ikhlas serta berpanjang­an.”

Chung merupakan salah seorang daripada lima pegawai kanan yang pergi ke Pyongyang semalam.

Media rasmi Korea Utara, Agensi Berita Pusat Korea, turut mengumumka­n kun- jungan mereka dalam satu kenyataan pendek.

Delegasi termasuk ketua perisik Suh Hoon, yang merupakan seorang veteran dalam berurusan dengan Korea Utara, Beliau juga dikenali kerana banyak terlibat dalam rundingan untuk mengatur dua persidanga­n antara Korea sebelum ini pada 2000 dan 2007.

Kumpulan seramai 10 anggota – lima pegawai kanan dan lima lagi pegawai pembantu – akan kembali ke Seoul pada Selasa depan.

Anggota lain termasuk timbalan Suh dalam Perkhidmat­an Perisikan Nasional dan juga Chun Hae Sung, timbalan menteri kementeria­n perpaduan Seoul yang menguruska­n hal ehwal antara sempadan. Delegasi itu akan pergi ke AS pada Rabu bagi menjelaska­n keputusan daripada lawatan selama dua hari kepada pihak berkuasa di Washington, menurut pejabat presiden Korea Selatan.

Pada tahun lepas, dalam mengingkar­i sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, negara Utara yang terpencil dan miskin ini telah melancarka­n ujian nuklear yang berkuasa dan melakukan ujian tembakan beberapa misil.

Pyongyang mendakwa ia sekarang boleh menyasarka­n tanah besar AS.

Pemimpin Korea Utara, Kim dan Presiden AS Donald Trump telah saling berbalas ugutan berbentuk peperangan dan kata-kata penghinaan peribadi, menyebabka­n ketegangan meningkat sebelum satu tempoh kecairan dalam peringkat awal Olimpik Musim Sejuk.

Moon, yang menyokong dialog dengan rejim senjata nuklear di Korea Utara, menyatakan pada minggu lepas bahawa Washington perlu “mengurangk­an tahap untuk rundingan” dengan Pyongyang.

Namun AS telah menolak sebarang kebarangka­lian untuk rundingan sebelum Korea Utara mengambil langkah- langkah menghapusk­an nuklear, dan melaksanak­an apa yang dikatakan oleh Trump sebagai “sekatan paling tegas” terhadap rejim Kim pada lewat bulan lepas.

 ?? — Gambar Reuters ?? MISI: Delegasi yang diketuai Chung bergambar sebelum menaiki pesawat yang akan berlepas ke Pyongyang di lapangan terbang tentera di Seongnam, selatan Seoul di Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters MISI: Delegasi yang diketuai Chung bergambar sebelum menaiki pesawat yang akan berlepas ke Pyongyang di lapangan terbang tentera di Seongnam, selatan Seoul di Korea Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia