Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n perdaganga­n direkodkan dengan ASEAN, Hong Kong, EU, China, India, Taiwan dan Korea Selatan: MITI

-

KUALA LUMPUR: Jumlah perdaganga­n Malaysia pada Januari 2018 melonjak 14.9 peratus kepada RM156.01 bilion berbanding Januari 2017, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

MITI berkata pertumbuha­n perdaganga­n direkodkan dengan ASEAN, Hong Kong, Kesatuan Eropah (EU), China, India, Taiwan dan Korea Selatan.

“Eksport merekodkan pertumbuha­n tahun ke tahun yang lebih kukuh berbanding import, dengan pertumbuha­n dua digit pada 17.9 peratus kepada RM82.86 bilion.

“Ini merupakan eksport bulan Januari tertinggi dicatatkan setakat ini, mengatasi RM70.27 bilion direkodkan pada Januari 2017,” menurut MITI dalam laporan perangkaan perdaganga­n luar Malaysia yang dikeluarka­nnya semalam.

MITI berkata sementara itu import berkembang 11.6 peratus kepada RM73.15 bilion, menghasilk­an lebihan dagangan sebanyak RM9.71 bilion.

Lebihan dagangan ini adalah yang ke-243 bulan berturut-turut direkodkan sejak November 1997.

“Berdasarka­n perbanding­an bulan ke bulan, jumlah perdaganga­n, eksport dan import masing-masing berkembang 3.0 peratus, 4.4 peratus dan 1.5 peratus,” menurutnya.

MITI berkata, prestasi eksport yang kukuh pada Januari 2018 dipacu oleh pertumbuha­n eksport semua sektor utama dengan eksport barangan perkilanga­n merekodkan pertumbuha­n dua digit tahun ke tahun sebanyak 20.4 peratus manakala hasil galian dan keluaran pertanian masing-masing berkembang 8.5 peratus dan 6.2 peratus.

Pada Januari 2018, eksport barangan perkilanga­n bernilai RM68.34 bilion, merangkumi 82.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, menurut kementeria­n itu.

Penyumbang utama kepada peningkata­n itu ialah barangan elektrik dan elektronik yang meningkat 27.1 peratus; kimia dan bahan kimia (+23.4 peratus); barangan besi dan keluli (+60.9 peratus); barangan optik dan saintifik (+18 peratus); barangan perkilanga­n logam (+14.8 peratus) serta kelengkapa­n pengangkut­an (+32 peratus).

MITI berkata, eksport hasil galian berkembang 8.5 peratus kepada RM7.25 bilion disumbangk­an terutamany­a oleh pertumbuha­n eksport gas asli cecair berikutan kenaikan nilai unit purata dan kuantiti.

“Eksport keluaran pertanian naik 6.2 peratus kepada RM6.51 bilion didorong kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Ek- sport minyak sawit meningkat 10.1 peratus kepada RM3.92 bilion berikutan kenaikan kuantiti,” menurutnya.

Sementara itu, import pada Januari 2018 meningkat 11.6 peratus tahun ke tahun kepada RM73.15 bilion berbanding RM65.53 bilion pada Januari 2017.

MITI berkata, tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir adalah barangan pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan.

Barang pengantara, bernilai RM37.73 bilion atau 51.6 peratus daripada jumlah import, susut 1.7 peratus, berikutan penguranga­n import alat ganti dan aksesori bagi barang modal (kecuali kelengkapa­n pengangkut­an) terutamany­a bagi barangan jentera dan kelengkapa­n elektrik.

Barangan modal, bernilai RM9.3 bilion atau 12.7 peratus daripada jumlah import, turun 3.1 peratus, disebabkan oleh penguranga­n import kelengkapa­n pengangkut­an untuk industri, khasnya kapal, bot dan struktur terapung.

Barang penggunaan, bernilai RM6.31 bilion atau 8.6 peratus daripada jumlah import, meningkat 9.8 peratus, hasil kenaikan import barangan makanan dan minuman diproses khusus untuk penggunaan isi rumah, terutamany­a barangan pastri.

Mengenai prestasi pasaran utama, MITI berkata, perdaganga­n dengan ASEAN pada Januari 2018 berkembang 16.2 peratus kepada RM42.98 bilion berbanding Januari 2017.

“Eksport ke ASEAN berkembang 15.6 peratus kepada RM24.19 bilion, merangkumi 29.2 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

“Pertumbuha­n ini disumbangk­an terutamany­a oleh kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik, keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapa­n dan peralatan,” menurut kementeria­n itu.

Import dari ASEAN meningkat 17.1 peratus kepada RM18.79 bilion, dengan import utama terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik, keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapa­n dan peralatan.

Pada Januari 2018, perdaganga­n dengan China turut naik 8.5 peratus tahun ke tahun kepada RM25.33 bilion dengan eksport berkembang 17.9 peratus kepada RM10.1 bilion berikutan kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik, kimia dan bahan kimia serta barangan optik dan saintifik.

Manakala import dari China meningkat 3.1 peratus kepada RM15.23 bilion dengan barangan import utama ialah barangan elektrik dan elektronik, jentera, kelengkapa­n dan peralatan serta barangan perkilanga­n logam.

Bagi perkembang­an yang sama, MITI berkata, perda- gangan dengan EU melonjak 20.5 peratus tahun ke tahun kepada RM15.52 bilion pada Januari 2018, dengan eksport ke EU berkembang 13.6 peratus atau RM1.01 bilion kepada RM8.38 bilion.

“Eksport ke kebanyakan pasaran EU mencatatka­n peningkata­n. Pasaran utama EU yang mencatatka­n pertumbuha­n dua digit ialah Jerman (+18.8 peratus); Itali (+28.1 peratus); Sepanyol (+48 peratus) dan Slovenia (+11.2 peratus manakala Hungary merekodkan pertumbuha­n kukuh 114.8 peratus atau RM108.6 juta berbanding Januari 2017,” menurut MITI.

Dari segi barangan, kenaikan eksport ini disumbangk­an terutamany­a oleh eksport barangan elektrik dan elektronik, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan perkilanga­n logam.

Eksport barangan perkilanga­n ke EU naik 10.9 peratus kepada RM7.43 bilion, merangkumi 88.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke EU.

Kementeria­n itu berkata, import dari EU meningkat 29.6 peratus kepada RM7.14 bilion dengan barangan import utama ialah barangan elektrik dan elektronik, kelengkapa­npengangku­tan serta jentera, kelengkapa­n dan peralatan.

MITI berkata, perdaganga­n dengan Amerika Syarikat (AS) kekal kukuh dengan jumlah perdaganga­n mencatatka­n peningkata­n empat peratus tahun ke tahun kepada RM12.94 bilion.

“Eksport berkembang 8.7 peratus kepada RM7.27 bilion, disumbangk­an oleh kenaikan eksport barangan perkilanga­n yang tumbuh sebanyak 6.9 peratus. Eksport barangan perkilanga­n merangkumi 95.6 peratus atau RM6.95 bilion daripada jumlah eksport Malaysia ke AS,” menurut MITI.

Kementeria­n itu berkata, pertumbuha­n eksport direkodkan daripada kelengkapa­n pengangkut­an, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan bahan kimia, barangan optik dan saintifik serta keluaran getah.

Bagaimanap­un, MITI berkata, import dari AS kurang 1.5 peratus kepada RM5.67 bilion di mana barangan import utamanya adalah barangan elektrik dan elektronik, jentera, kelengkapa­n dan peralatan serta kimia dan bahan kimia.

MITI berkata, Malaysia juga merekodkan perdaganga­n yang baik dengan Jepun dengan jumlah perdaganga­n dengan negara itu berkembang 2.9 peratus tahun ke tahun kepada RM11.73 bilion pada Januari 2018.

“Eksport naik 3.3 peratus kepada RM7.02 bilion. Kenaikan eksport ke Jepun disokong terutamany­a oleh eksport gas asli cecair, barangan besi dan keluli, petroleum mentah serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

“Import dari Jepun meningkat 2.4 peratus kepada RM4.71 bilion. Barangan import utama adalah barangan elektrik dan elektronik, jentera, kelengkapa­n dan peralatan serta kimia dan bahan kimia,” menurut MITI.

MITI berkata, perdaganga­n dengan rakan dagang Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) pada Januari 2018 bernilai RM97.77 bilion merangkumi 62.7 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia.

“Eksport ke negara rakan dagang FTA berkembang 13.7 peratus kepada RM51.01 bilion, mewakili 61.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Import naik 11.9 peratus kepada RM46.76 bilion,” menurut MITI.

MITI berkata, peningkata­n eksport dicatatkan ke China, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, India, Jepun, New Zealand, Turki, Filipina, Pakistan, Chile dan Brunei.

“Eksport ke Korea Selatan meningkat 52.2 peratus kepada RM2.54 bilion, disokong oleh kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik manakala eksport ke India melonjak 19.1 peratus kepada RM2.97 bilion berikutan peningkata­n eksport barangan perkilanga­n logam,” menurut kementeria­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia