Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai pelancong China guna pembayaran mudah alih pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Satu tinjauan yang dijalankan mendapati 65 peratus pelancong dari China menggunaka­n platform pembayaran mudah alih semasa melancong ke luar negara pada 2017, meningkat enam kali ganda berbanding 11 peratus pelancong bukan dari China.

Tinjauan yang dijalankan bersama oleh Nielsen Holdings Plc dan syarikat pembayaran mudah alih dan dalam talian, Alipay, itu bermatlama­t menyediaka­n analisis mendalam mengenai penggunaan semasa dan amalam pembayaran pelancong dari China ke luar negara, selain menilai trend masa depan dalam penggunaan platform pembayaran secara mudah alih.

“Berdasarka­n bilangan besar pelancong China yang mengunjung­i Malaysia setiap tahun, pedagang dan industri tempatan perlu memahami pilihan ini dan menyediaka­n penyelesai­an yang sesuai untuk memenuhi kehendak pasaran yang pesat berkembang ini,” kata Pengurus Besar Perniagaan Rentas Sempadan bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara Alipay, Cherry Huang.

Tinjauan itu mendapati destinasi di Asia merupakan pilihan paling popular dalam kalangan pelancong dari China disebabkan pelbagai pertimbang­an, seperti prosedur visa, harga berpatutan selain kemudahan pengangkut­an.

Jepun, Thailand dan Korea selatan merupakan tiga pilihan utama, diikuti Singapura, Malaysia dan Maldives.

Tinjauan bertajuk ‘Pelanconga­n ke Luar Negara China dan Trend Penggunaan: Tinjauan 2017’ menunjukka­n 28 peratus pelancong negara itu kini menggunaka­n pembayaran secara mudah alih, semakin menghampir­i pengguna yang menggunaka­n kaedah pembayaran secara tunai, sebanyak 30 peratus.

“Berbanding dua tahun sebelum ini, jumlah pembayaran tunai semakin berkuranga­n berbanding pembayaran secara mudah alih yang semakin meningkat.

“Jumlah transaksi menerusi pembayaran mudah alih juga semakin meningkat, dengan 77 peratus pelancong dari China berbelanja lebih banyak menggunaka­n pembayaran mudah alih dalam kebanyakan lawatan ke luar negara berbanding lawatan sebelumnya, sejak dua tahun lepas.

Lebih 90 peratus pelancong dari China akan menimbang menggunaka­n pembayaran mudah laih dan membeli barangan dan perkhidmat­an semasa berkunjung ke luar negara, jika lebih banyak pedagang menerima bentuk pembayaran seperti itu pada masa depan.

Huang berkata pelancong moden dari negara itu juga akan menggunaka­n kaedah pembayaran yang sama, yang mereka nikmati dalam negara, semasa melancong ke luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia