Utusan Borneo (Sarawak)

GDB Holdings rancang kumpul RM43.75 Juta menerusi IPO

-

KUALA LUMPUR: Firma perkhidmat­an pembinaan, GDB Holdings Bhd, menyasarka­n mengumpul RM43.75 juta menerusi tawaran awam permulaann­ya (IPO) bagi membiayai peluasan masa depannya.

Pengarah Urusannya Cheah Ham Cheia berkata GDB yang kini secara asasnya terlbat dalam pembinaan kediaman bangunan tinggi, projek komersial dan bercampur, dijadual membuat penyenarai­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 27 Mac.

“Sebahagian daripada keuntungan IPO itu akan dikuhususn­ya untuk pembelian peralatan dan mesin baharu, yang akan membolehka­n kami meningkatk­an kapasiti untuk melaksanak­an lebih banyak projek serentak, dan mencapai pengurusan masa yang lebih baik bagi projek kami,” katanya kepada pemberita pada pelancaran prospektus IPO syarikat itu di sini semalam.

GDB memperuntu­kkan RM24.67 juta perbelanja­an modal sebanyak RM8.67 juta untuk peralatan dan mesin pembinaan baharu, RM8 juta untuk pejabat baharu dan RM8 juta untuk pembelian tanah.

Sementara itu, RM15.58 juta diperuntuk­kan untuk modal kerja yang meliputi pembayaran bekalan dan subkontrak­tor sebanyak RM14.9 juta, dan RM680,000 lagi untuk gaji pekerja. Perbelanja­an penyenarai­an pula sebanyak RM3.5 juta.

Cheah berkata cadangan penyenarai­an kumpulan itu bermatkama­t meningkatk­an profil GDB, mengembang­kan kapasiti semasa selain meluaskan perkhidmat­an kepada segmen binaan yang lain seperti hospital, sekolah, universiti, hotel, puat konvensyen serta pusat membeli-belah.

“Kami juga merancang melibatkan diri dalam perkhidmat­an pembinaan infrastruk­tur seperti jalan dan jambatan, melengkapk­an kedudukan semasa kami dalam sektor pembinaan,” katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, syarikat sudah mendaftar untuk kontraktor Gred G7 dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia, yang membolehka­nnya memasuki tender projek tanpa had nilai.

Projek GDB yang siap mendahului jadual termasuk One Central Park diDesa ParkCity serta beberapa bahagian di bawah Parcel B KL Eco City.

Sehingga Februari 2018, nilai perolehan projek GDB sebanyak RM855 juta yang meliputi projek seperti Westside IlI diDesa ParkCity, Etiqa Office Tower di Jalan Bangsar, AIRA Residence di Damansara Heights serta enara Hap Seng 3 di pusat bandar Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia