Utusan Borneo (Sarawak)

Volum penghantar­an meningkat 25.8 peratus kepada 29.3 juta unit

-

KUALA LUMPUR: Gergasi telefon pintar Korea Selatan, Samsung mengekalka­n kedudukan teratas dalam penghantar­an telefon pintar ke pasaran baharu muncul di Asia Tenggara tahun lepas, menurut Internatio­nal Data Corporatio­n (IDC).

Pasaran baharu muncul di rantau ini terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

IDC dalam satu kenyataan semalam berkata, volum penghantar­an Samsung meningkat 25.8 peratus kepada 29.3 juta unit pada 2017, diikuti oleh OPPO (naik 29.3 peratus kepada 17.2 juta), Vivo ( 118.2 peratus lebih tinggi kepada 7.2 juta) dan Huawei ( naik 3.8 peratus peratus kepada 5.4 juta).

Apple, di tempat kelima, adalah satu-satunya pengeluar telefon pintar di lima tempat teratas yang mencatatka­n penurunan dalam jumlah penghantar­an, merosot 2.2 peratus kepada 4.5 juta unit berbanding 4.6 juta unit pada 2016.

IDC berkata, Samsung menguasai pasaran terbesar pada 29.1 peratus, diikuti oleh OPPO ( 17 peratus), Vivo (7.2 peratus), Huawei (5.4 peratus) dan Apple (4.4 peratus).

Sementara itu, IDC berkata, keseluruha­n penghantar­an telefon pintar di rantau Asia Tenggara yang baharu muncul merosot sedikit sebanyak 0.6 peratus tahun lepas kepada 101.3 juta unit, berikutan penguranga­n ketara penghantar­an vendor di Myanmar dan Filipina.

Ia berkata, beberapa pemain tempatan dan lebih kecil kalah dalam persaingan kerana pemain teratas itu terus mengukuhka­n kedudukan mereka dengan campuran telefon berharga rendah ( AS$ 100 hingga AS$ 200/ RM390 hingga RM780) dan sederhana (AS$200 hingga AS$400/ RM780 hingga RM1,560).

Penganalis­is Pasaran Kanan IDC ASEAN (Peranti Pelanggan) Jensen Ooi berkata, selain populariti pemain teratas yang berjaya menguasai jumlah penghantar­an, majoriti pengguna tidak tergesa-gesa mendapatka­n telefon baru jika mereka telah menggunaka­n telefon bimbit pertengaha­n yang berkualiti dan berharga tinggi, menyebabka­n kitaran hayat dan kadar penggantia­n yang lebih panjang.

Menurut beliau, vendor tempatan akan terus te- rasa impak tahun ini kerana pengguna beransur- ansur mengubah keutamaan mereka kepada jenama yang lebih popular dan lebih bersedia untuk melabur dalam telefon pintar pertengaha­n dengan skrin yang lebih besar.

“Tidak lama lagi kebanyakan­nya akan dilengkapi dengan ciri menarik seperti dwi kamera, kecerdasan buatan di peranti dan sebagainya.

“Untuk terus berdaya saing, kami berharap vendor tempatan untuk menghantar telefon pintar dengan beberapa ciri tersebut serta memperkena­lkan peranti yang datang dengan Android Oreo ‘Go editon’, sambil mengekalka­n harga di bawah US$200 untuk memenuhi keperluan segmen sasaran tempatan mereka,” tambah Ooi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia