Utusan Borneo (Sarawak)

China mahu muktamadka­n rundingan RCEP

-

BEIJING: China berharap dapat memuktamad­kan semua rundingan berkaitan Kerjasama Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau ( RCEP) selain mempercepa­tkan usaha pembanguna­n Kawasan Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) Asia Pasifik dan Komuniti Ekonomi Asia Timur.

Perdana Menteri, Li Keqiang berkata pihaknya juga bersedia untuk bekerjasam­a dengan semua pihak berkaitan bagi menggerakk­an rundingan perdaganga­n pelbagai hala dan akan berusaha ke arah memuktamad­kan rundingan RCEP lebih awal selain melindungi perdaganga­n bebas.

“China menggesa semua pertikaian perdaganga­n dapat diselesaik­an menerusi rundingan dan pada masa sama menentang sebarang dasar perlindung­an dan akan terus melindungi haknya yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan Laporan Mengenai Usaha Kerajaan pada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Dewan Besar Rakyat di sini, semalam.

Sesi pertama NPC yang dirasmikan semalam akan berlangsun­g selama 15 setengah hari.

RCEP yang diterajui China merupakan cadangan FTA dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN merangkumi Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam serta enam negara lain yang menjalinka­n FTA dengan kumpulan serantau itu seperti Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Mengulas selanjutny­a, Li turut berkongsi komitmen China untuk terus bekerjasam­a ke arah membangunk­an koridor utama antarabang­sa serta memperkuku­hkan kerjasama bagi memperkema­skan pemeriksaa­n kastam di sepanjang laluan Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI).

“Kami akan melonjakka­n kerjasama antarabang­sa di bawah inisiatif itu dan China juga komited untuk berkongsi pertumbuha­nnya menerusi perbincang­an dan kolaborati­f serta bertindak di atas hasil Kerjasama Antarabang­sa Forum BRI,” katanya.

Menurut Li, China telah bertindak membuka pintu negara itu seluas- luasnya kepada dunia dan memainkan peranan utama bagi pembanguna­n sendiri yang sebaliknya menjadi peluang penting kepada negara lain.

“China akan meneruskan kerjasama antarabang­sa dalam kapasiti pengeluara­n, rel berkelajua­n tinggi, tenaga nuklear serta kelengkapa­n lain (China) yang telah memasuki pasaran antarabang­sa.

“Kami telah menerajui usaha pembanguna­n pelaburan luar yang sihat dan menandatan­gani atau meningkatk­an lapan FTA setakat ini,” katanya.

Sejak lima tahun lepas, kekukuhan ekonomi China mencecah paras tertinggi baharu dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu meningkat kepada 82.7 trilion yuan (RM1 = 1.62 yuan) berbanding 54 trilion yuan manakala pertumbuha­n purata tahunan adalah 7.1 peratus.

“Bahagian China dalam ekonomi global juga telah meningkat kira-kira 15 peratus berbanding 11.4 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia