Utusan Borneo (Sarawak)

RAMCI akan lindungi, tingkat kebajikan anggota EMPTA

-

KUALA LUMPUR: RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd ( RAMCI) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejurutera­an dan Kenderaan Selangor dan Wilayah Persekutua­n bagi melindungi termasuk meningkatk­an kebajikan anggota-anggotanya.

RAMCI dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan memberikan anggota- anggota EMPTA dengan maklumat kredit dan perniagaan yang kritikal melalui Credit Track RAMCI, satu sistem berasaskan web yang boleh diakses 24/7, bagi membantu mereka dalam menguruska­n risiko kredit mereka dengan berkesan.

Pada masa yang sama, Biro Perdaganga­n RAMCI, sebuah platform kerjasama berkecuali bebas, akan bertindak sebagai saluran bagi syarikat-syarikat alat ganti dan komponen kereta tersebut untuk berkongsi corak pembayaran para pembeli berasaskan prinsip timbal balik.

Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI, Dawn Lai berkata, dengan perkongsia­n maklumat pembayaran keseluruha­n, anggota-anggota EMPTA akan mendapat manfaat daripada gambaran yang lebih menyeluruh mengenai sejarah pembayaran para pelanggan serta cara pembayaran mereka dengan pemiutang perdaganga­n lain.

“Secara keseluruha­n, kami percaya usaha sama ini merupakan petanda baik untuk industri, kerana Credit Track dan Biro Perdaganga­n telah terbukti berkesan dalam membantu syarikat-syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana mengurangk­an risiko potensi hutang lapuk.

“Memandangk­an cabaran ekonomi semasa, syarikat perlu berhati- hati dalam mengejar wang yang terhutang serta apabila mahu membuat keputusan untuk memutuskan lanjutan kredit kepada syarikat yang lain,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia