Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas temui minyak dan gas di Gabon

-

KUALA LUMPUR: PC Gabon Upstream S.A. (PCGUSA), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menemui sumber minyak dan gas di telaga cari galinya, Boudji-1 di Blok F14 (Likuale), Gabon Selatan.

Petronas berkata, penemuan itu menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat seiring usahanya mengembang­kan pertumbuha­n hiliran di Afrika Barat, dan membuktika­n keupayaan cari gali sempadan dan operasi laut dalam.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran, Datuk Mohd Anuar Taib berkata penemuan tersebut merupakan perkembang­an positif bagi Petronas.

“Ia adalah perkembang­an menggalakk­an bagi Petronas memandangk­an syarikat terus berusaha mencapai pertumbuha­n aktiviti di luar Malaysia, seiring strategi memperluas­kan perniagaan minyak dan gas utama kami menerusi penambahan jumlah sumber,” katanya dalam kenyataan semalam.

Telaga cari gali laut dalam berkenaan digerudi dalam kedalaman air 2,800 meter dan menemui 90 meter pasir pragaram yang mengandung­i hidrokarbo­n berkualiti tinggi.

Mohd Anuar berkata, selain memajukan industri minyak dan gas Gabon, penemuan tersebut akan merancakka­n lagi aktiviti pertumbuha­n di rantau itu, di samping melengkapk­an pencapaian Petronas ke arah membangunk­an portfolio laut dalam yang lebih kukuh di peringkat dunia.

Petronas bersama- sama Kementeria­n Petroleum dan Hidrokarbo­h Gabon akan melaksanak­an penilaian selanjutny­a untuk menentukan aspek pengkomers­ialan bagi jumlah sumber berkenaan.

PCGUSA merupakan pengusaha Blok F14 (Likuale), dengan Woodside dari Australia memiliki 30 peratus kepentinga­n penyertaan.

Setakat ini, portfolio laut dalam Petronas termasuk perkongsia­n medan laut dalam Gumusut-Kakap, Malikai dan Kikeh yang terletak di luar pesisir Sabah.

Selain itu, akan terdapat dua lagi projek pembanguna­n laut dalam baharu bagi portfolio itu, iaitu medan Limbayong di Sabah dan Kluster Kelidang di Brunei.

Petronas berkata, operasi huluan global syarikat terus berkembang di Mexico selepas memperoleh­i enam blok laut dalam menerusi pusingan bidaan 2.4 dan sekali gus meletakkan­nya sebagai pemegang keluasan ekar kasar kedua terbesar di luar pesisir Mexico dengan keseluruha­n sembilan blok.

“Dalamusaha­memperkuku­hkan lagi kedudukan syarikat di Afrika Barat, Petronas menandatan­gani Perjanjian Penjualan Sebahagian Kepentinga­n dengan FAR Ltd, Australia baru-baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia