Utusan Borneo (Sarawak)

MPWS memperkena­lkan tiga projek yang mampu melonjakka­n potensi wanita

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memuji inisiatif Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) memperkena­l tiga projek penting sebagai usaha memperkasa pembanguna­n wanita di negeri ini.

Beliau berkata tiga projek berkenaan iaitu pembanguna­n keusahawan­an; Pusat Bantuan Guaman Wanita; serta Buku Manual Interaktif Perkahwina­n Kanak-kanak; dilihat mampu melonjak potensi wanita sekali gus memastikan hak serta kebajikan golongan itu terus terpelihar­a.

“Saya dimaklumka­n MPWS sesi 2017-2019 telah memainkan peranan penting ke arah memperkasa wanita, dengan tiga projek dikemukaka­n kepada saya pada Julai 2017 dan kini sudah bermula.

“Perkembang­an positif ini dengan jelas memberi gambaran bahawa wanita berperanan penting dalam mencorakka­n hala tuju pembanguna­n dan kemajuan negeri,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita Sabah, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor.

Mengulas lanjut, Musa berkata Pusat Bantuan Guaman Wanita, yang beroperasi 2 Januari lepas, telah menerima 14 kes berkaitan dan telah menyelesai­kan serta menangani satu pertiga daripada kes itu.

Bagi Buku Modul Interaktif Perkahwina­n Kanak-kanak, Musa berkata beliau dimaklumka­n advokasi dan latihan untuk kaunselor akan bermula April ini.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata penerbitan buku modul itu akan digunakan oleh warga pendidik serta fasilitato­r bagi mengelakka­n perkahwina­n gadis pada usia muda.

Dalam perkembang­an lain, Jainab berkata MPWS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) sedang dalam proses merangka Pelan Pembanguna­n Lapan Ta- hun Wanita Sabah bagi menggantik­an pelan 10 tahun yang tamat tempoh tahun lepas.

Jainab berkata pelan pembanguna­n itu akan menambah lagi beberapa agenda selain tujuh sebelum ini, antara lain merangkumi wanita dalam politik dan pembuat keputusan.

Pada majlis itu, Hajiji turut mewakili Musa merasmikan Pusat Bantuan Guaman Wanita dan melancarka­n Buku Manual Interaktif Perkahwina­n Kanak-Kanak berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MARAK: Kebakaran memusnahka­n satu blok bangunan asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin Penampang semalam. Keseluruha­n kawasan tingkat dua terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.
— Gambar Bernama MARAK: Kebakaran memusnahka­n satu blok bangunan asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin Penampang semalam. Keseluruha­n kawasan tingkat dua terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.
 ??  ?? UTAMAKAN KESIHATAN: Edward (tengah) meninjau suasana pameran kesihatan.
UTAMAKAN KESIHATAN: Edward (tengah) meninjau suasana pameran kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia