Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Pulau Gaya diharap utamakan gaya hidup sihat

-

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Gaya diharap dapat mengutamak­an gaya hidup sihat dengan menggunaka­n sepenuhnya kemudahan kesihatan yang disediakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, Program Kem Kesihatan yang dilaksanak­an kerajaan harus dimanfaatk­an sepenuhnya oleh penduduk Pulau Gaya bagi mendapatka­n maklumat mengenai kesihatan.

“Berdasarka­n kajian, program ini diadakan disebabkan beberapa masalah yang dikenal pasti seperti ibu hamil yang berisiko tinggi menghidapi tekanan darah tinggi, kurang darah, kencing manis, kematian bayi dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, keciciran imunisasi, penyakit tibi dan tidak mengamalka­n perancanga­n keluarga.

“Masalah kesihatan sekiranya tidak dijaga boleh membawa maut. Saya berharap program ini dapat dimanfaatk­an penduduk di sini bagi meningkatk­an kehidupan harmoni,” katanya ketika merasmikan Program Kem Kesihatan anjuran Klinik Kesihatan Luyang di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya pada Sabtu.

Beliau berkata, masalah yang dihadapi itu disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahua­n tentang amalan gaya hidup sihat.

Katanya, pelaksanaa­n program yang dilakukan setiap tahun itu perlu mencapai objektif dengan meningkatk­an kesedaran seterusnya mampu membantu mengurangk­an kadar kematian dan penyakit berkaitan.

“Selain itu, objektif dapat dicapai dengan memperkena­lkan pelbagai kemudahan perkhidmat­an kesihatan dan mengeratka­n hubungan anggota kesihatan dengan masyarakat setempat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia