Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n Kampung Gana bukti kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat

-

KOTA MARUDU: Dua puluh tahun dahulu, Kampung Gana di kawasan pedalaman Kota Marudu hanya boleh dilalui kenderaan tertentu kerana jalan tanah merahnya berlumpur serta diliputi hutan tanah tinggi selain menjadi laluan lori balak.

Penduduk kampung itu terpaksa mengambil masa berjam-jam malah sehingga satu atau dua hari untuk sampai ke pekan dan balik semula ke kampung, menyebabka­n kampung itu kurang dikenali dan tidak ramai yang tahu kewujudann­ya.

Kini, kira-kira 3,000 penduduk mampu menarik nafas lega kerana kampung itu mudah dikunjungi dan hanya memerlukan kira- kira 30 minit untuk sampai ke sesuatu destinasi, hasil komitmen kerajaan menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur terutamany­a jalan raya berturap yang boleh dilalui oleh apa sahaja jenis kenderaan.

Menurut Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi, pembinaan jaringan jalan raya berturap sepanjang 26 kilometer (km) serta projek agropolita­n di kampung berkenaan bertujuan meningkatk­an pendapatan penduduk dan bukti kerajaan begitu prihatin dalam meningkatk­an kualiti hidup rakyat Sabah khususnya di daerah tersebut.

Tidak hanya memperuntu­kkan jutaan ringgit bagi merealisas­ikan projek pembanguna­n berkenaan, Arnold berkata, kerajaan turut menyediaka­n infrastruk­tur asas lain termasuk sekolah dan klinik desa bagi memastikan penduduk di kampung tersebut tidak ketinggala­n dalam arus pendidikan serta akses kemudahan kesihatan.

“Akses jalan raya lebih efisien menghubung­kan kampung berkenaan dengan kawasan lain telah memudahkan urusan harian dan aktiviti ekonomi penduduk kerana perjalanan lebih selamat dan selesa berbanding sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Perkampung­an terletak kirakira 35 kilometer (KM) dari pekan Kota Marudu di utara Sabah itu, menempatka­n 450 keluarga dari 10 kampung yang sebelum ini terletak bersebelah­an Hutan Simpan Lingkabau dan ditempatka­n semula di bawah Projek Pembanguna­n Bersepadu Penempatan Semula Gana pada 1997.

Mengenai projek agropolita­n, Arnold berkata, ia melibatkan skim penanaman getah dikendalik­an Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) selain pembinaan rumah baharu bagi menggantik­an rumah sedia ada yang telah usang untuk keselesaan penduduk.

Untuk itu, katanya, sebanyak 150 unit rumah bagi fasa pertama kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini, dan dalam masa sama, setiap keluarga akan diberikan lot tanah getah untuk diusahakan bagi meningkatk­an ekonomi mereka.

“Projek ini dilihat berupaya mengubah landskap pemban- gunan penduduk dalam semua aspek termasuk melonjakka­n kualiti dan status kehidupan mereka menerusi peluang meningkatk­an sumber pendapatan dengan mengusahak­an lot tanah getah disediakan.

“Ini jelas membuktika­n bahawa kerajaan begitu komited untuk memberi keselesaan dan kesejahter­aan kepada penduduk kampung di sini selain membantu memperkuku­h ekonomi mereka seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Lina Jalis melahirkan penghargaa­n atas komitmen kerajaan memastikan penduduk kampung termasuk generasi muda di situ tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n dengan menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur asas termasuk bekalan elektrik demi keselesaan mereka.

Lina, suri rumah berusia 34 tahun itu berkata, dia juga tidak khuatir dari segi perkembang­an pendidikan keduadua anaknya kerana terdapat sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gana dan prasekolah disediakan di kampung berkenaan.

“Selain itu, LIGS turut mengambil orang kampung di sini bekerja dengan mereka dan pekerja ( pembinaan) perumahan ini pun ramai dalam kalangan penduduk kampung di sini. Jadi, ini pun membantu juga dari segi menjana ekonomi mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Josilin Jamid, 35, berkata dia sememangny­a melihat usaha dan komitmen kerajaan membantu penduduk kampung dan turut merasai manfaat pembanguna­n itu kerana hampir semua kemudahan asas telah tersedia di kampung berkenaan.

Sementara itu, guru prasekolah SK Gana sejak 2008, Honi Miaau berkata institusi pendidikan awal kanak-kanak itu banyak membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapatka­n pendidikan sekali gus menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menjejak kaki ke sekolah rendah.

Berkongsi pengalaman bertugas selama 10 tahun di kampung itu, Honi, 35, berkata banyak perubahan telah dibawa kerajaan ke kawasan tersebut dan pembanguna­n paling signifikan adalah pembinaan jalan raya berturap yang turut memberi manfaat kepadanya kerana memudahkan dia untuk ulang-alik ke sekolah dan rumah.

“Saya pernah berjalan kaki dari Kampung Talantang (kira-kira 20km dari Kampung Gana) untuk sampai ke sini. Dulu, setiap hari minggu (Ahad) saya datang ke sini dan Jumaat baru saya pulang ke rumah. Ini adalah satu cabaran untuk saya dalam memastikan tanggungja­wab mendidik anak-anak tetap terus dilaksanak­an,” katanya.

Guru Besar SK Gana Norbert Micheal Ligin pula berkata, pembinaan sekolah rendah dalam kawasan perkampung­an itu juga membuktika­n kerajaan sentiasa mengutamak­an pembanguna­n modal insan berilmu dan berpendidi­kan.

“Sekolah rendah ini begitu penting di kampung ini dalam memberi peluang kepada generasi muda menimba ilmu sekali gus mempunyai prestasi akademik cemerlang meskipun berada jauh di pedalaman,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH SELESA: Arnold menunjukka­n Kampung Gana di kawasan pedalaman Kota Marudu, ketika ditemui baru-baru ini.
— Gambar Bernama LEBIH SELESA: Arnold menunjukka­n Kampung Gana di kawasan pedalaman Kota Marudu, ketika ditemui baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia