Utusan Borneo (Sarawak)

PERPADUAN SENTIASA DIUTAMA

Sebarang pindaan boleh jejas perpaduan, membahayak­an terutama berkaitan agama terus diteliti.

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kerajaan negeri akan terus meneliti sebarang pindaan yang boleh menjejaska­n perpaduan dan membahayak­an terutama berkaitan agama seperti isu murtad.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan tidak mahu perkara seumpama ini menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang sudah sekian lama wujud.

"Rakyat Sarawak boleh yakin bahawa kerajaan negeri sedang mencari cara untuk membuat pindaan kepada apa-apa yang merugikan kita terutama mengenai perkara agama, termasuk murtad.

“Kerajaan negeri mengambil langkah-langkah yang mungkin untuk memastikan keamanan dan keharmonia­n kekal kukuh di kalangan rakyat semua kaum dan agama di Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis ulang tahun bangunan baharu Gereja Holy Trinity dan majlis perpisahan makan malam untuk Uskup Reverend Aeries Sumping Jinggan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Beliau menasihati rakyat negeri ini agar tidak mudah menerima maklumat yang disebarkan melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, sebaliknya meneliti kesahihan maklumat tersebut.

“Pengguna media sosial kini cenderung membuat kenyataan melalui Facebook dan WhatsApp dengan penuh emosi tanpa usul periksa dan ini amat berbahaya kerana sesetengah perkara itu amat sensitif.

“Tindakan menyebarka­n maklumat yang tidak diketahui kesahihan boleh mencetuska­n perbalahan dan ketegangan terutama jika berkaitan isu agama,” katanya sambil menambah, orang awam tidak harus menyalahgu­nakan Internet untuk menyebarka­n sesuatu yang tidak benar.

Mengenai majlis itu, Dr Rundi berkata, ia merupakan penanda aras bagi Lambir dan beliau berterima kasih kepada bekas ADUN Lambir Datuk Aidan Wing dan Ripin Lamat yang membantu merealisas­ikan pembinaan gereja itu.

Gereja Holy Trinity di Lambir menerima peruntukan RM50,000 yang merupakan sumbangan bersama Dr Rundi (RM20,000), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat (RM10,000), ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting (RM10,000) dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil (RM10,000) bagi membiayai aktiviti semasa gereja.

Hadir sama Uskup Diocese Kuching dan Brunei Darussalam Reverend Donald Jute, Uskup Reverend Solomon Cheong, Sebastian, Ripin, Penguang, Ketua Unit Agama Lain Datu Dr Ngenang Janggu, Residen Miri Sherrina Hussaini, Datuk Bandar Adam Yii dan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Miri merangkap pengerusi penganjur Pemanca Wilson Siang Lim.

 ??  ?? HARMONI: Wilson (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rundi, sambil diperhatik­an Sherrina serta (dari kiri) Ngenang, Donald, Ripin dan Penguang.
HARMONI: Wilson (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rundi, sambil diperhatik­an Sherrina serta (dari kiri) Ngenang, Donald, Ripin dan Penguang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia