Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT PELAJAR DISYAKI TERBABIT BULI DITAHAN

-

SIBU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini disyaki terbabit dalam kes buli pertengaha­n bulan lalu ditahan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika mengesahka­n perkara itu berkata kejadian berlaku pada 11 Februari lalu di asrama lelaki sekitar jam 9.20 malam.

Katanya terdahulu sebelum kejadian mangsa, seorang pelajar lelaki tingkatan empat berusia 17 tahun didatangi suspek.

“Keempat-empat suspek adalah pelajar tingkatan lima dan enam, telah bertindak menutup mulut mangsa dengan menggunaka­n kain.

“Mereka kemudian menyalakan pemetik api di bahagian belakang badan, memukul seluruh badan dan menampar muka mangsa berkali-kali,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, semasa diserang mangsa merayu agar mereka berhenti menyeksany­a.

Namun, rayuan mangsa tidak diendahkan dan kejadian itu berlanjuta­n sehingga jam 11 malam.

Stanley berkata, akibat serangan itu mangsa mengalami kesan lecur di belakang badan, tangan dan jari kanan akibat dicucuh dengan api daripada pemetik api.

Beliau berkata, punca kejadian disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek kerana salah seorang daripada mereka (suspek) berperwata­kan lembut.

“Mangsa ada mempermain­kan suspek (berperwata­kan lembut),” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia