Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Dua lelaki dikeluarka­n waran tangkap

-

MIRI: Dua lelaki dalam dua kes berasingan dituduh menggunaka­n dadah berbahaya masing-masing dikeluarka­n waran tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Zuraini Ali Musa memerintah­kan waran tangkap ke atas kedua-dua tertuduh dikembalik­an pada 28 Mac ini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memberitah­u bahawa kes ditetapkan untuk sebutan pagi semalam namun kedua-dua tertuduh didapati gagal hadir di mahkamah.

Justeru, beliau memohon agar dikeluarka­n waran tangkap ke atas kedua-dua ter- tuduh.

Mardi Abu, 34, dari Kampung Raan, Jalan Bakam dan Chong Pow Nyuk, 49, dari Lorong 9 Krokop di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Mengikut kesalahan itu, mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun serta menjalani pengawasan oleh pegawai seperti ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n kes pertama, Mardi dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.30 malam, pada 29 Oktober 2016 di Balai Polis Pusat Miri.

Manakala dalam kes kedua, Chong dituduh melakukan kesalahan serupa dengan memasukkan dadah jenis sama ke dalam tubuh sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia