Utusan Borneo (Sarawak)

KILANG PERABOT DI SIBU JAYA MUSNAH TERBAKAR

-

SIBU: Sebuah kilang perabot musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Industri Permata, Taman Kristal, Sibu Jaya pagi semalam.

Api mula disedari ketika beberapa pekerja baharu sahaja memulakan rutin kerja di kilang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu PGKB 1 Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.12 pagi lantas mengerahka­n dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Sibu) ke tempat kejadian.

Katanya, operasi tersebut membabitka­n BBP Sibu dengan kekuatan 14 anggota bersama dua FRT serta bantuan tambahan dari BBP Sungai Merah dengan sembilan anggota menaiki sebuah FRT, Water Tanker dan EMRS.

Katanya, pasukan pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 8.40 pagi.

“Kebakaran tersebut melibatkan kilang membuat tilam, sofa dan perabot kayu dengan anggaran keluasan 80x40 meter yang terbakar seratus peratus,” jelas Misran.

Katanya, kilang tersebut juga mempunyai asrama pekerja yang diduduki kira-kira 10 orang, namun kebanyakan­nya bekerja di kilang semasa kejadian.

Bagaimanap­un, tiada mangsa cedera atau maut dalam kebakaran itu, katanya ketika dihubungi pagi semalam.

Operasi memadamkan api berjalan lancar namun sehingga jam 1.30 petang pasukan bomba masih berada di lokasi kejadian walaupun api berjaya dikawal di bahagian hadapan kilang sejak jam 9.05 pagi.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

“Kita akan membuat siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya.

 ??  ?? MARAK: Kilang perabot musnah dalam kebakaran di Sibu Jaya pagi semalam.
MARAK: Kilang perabot musnah dalam kebakaran di Sibu Jaya pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia