Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nekad bakar pejabat selepas cinta ditolak

Suspek dipercayai kurang siuman terdahulu datang ke pusat rawatan lalu mengamuk dengan kapak

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Gara- gara cinta ditolak, seorang lelaki bertindak nekad membakar ruang pejabat sebuah pusat rawatan berhaba di Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya di sini tengah hari semalam.

Bagaimanap­un, hasil tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamat­kan premis itu daripada musnah terbakar.

Terdahulu dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki dipercayai kurang siuman datang ke pusat rawatan itu lalu mengamuk menggunaka­n sebilah kapak.

Suspek yang berusia 30-an dipercayai bertindak sedemikian gara-gara cintanya ditolak salah seorang pekerja di pusat tersebut.

Difahamkan, semasa ke- jadian terdapat 20 pekerja di pusat rawatan itu.

Sementara itu, menurut Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 12.46 tengah hari.

Sehubungan itu, dua jentera pemadam dan dua kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan Miri dengan kekuatan 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa bomba sampai, didapati kebakaran melibatkan sebuah pejabat pengurusan berkeluasa­n 12 kakix8 kaki yang hanya terbakar 20 peratus.

“Manakala kebakaran di bahagian belakang hanya melibatkan sebuah mesin basuh,” katanya sambil memberitah­u operasi tamat jam 1.15 petang.

Menurut Law, hanya seorang mangsa cedera dalam kejadian itu akibat bergelut dengan suspek terbabit.

Sementara itu, pihak polis yang turut bergegas ke lokasi kejadian segera memberkas suspek yang kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Semasa bomba sampai, didapati kebakaran melibatkan sebuah pejabat pengurusan berkeluasa­n 12 kakix8 kaki yang hanya terbakar 20 peratus. Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri

 ??  ?? AMUKAN CINTA: Keadaan ruang pejabat pengurusan pusat rawatan itu yang hangus sedikit akibat dipercayai dibakar seorang lelaki kurang siuman semalam.
AMUKAN CINTA: Keadaan ruang pejabat pengurusan pusat rawatan itu yang hangus sedikit akibat dipercayai dibakar seorang lelaki kurang siuman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia