Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada dengan penipuan pusat panggilan: Duta

-

BANGKOK: Dalam tempoh hanya dua bulan tahun ini, pihak berkuasa Thailand memberkas 18 rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan pusat panggilan atau lebih dikenali sebagai ‘Macau Scam.’

Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, beliau mengambil maklum tentang perkara berkenaan dan sejajar dengan itu, beliau menggesa individu lain supaya sentiasa berwaspada terhadap cubaan pihak tertentu untuk menjerumus­kan mereka ke dalam jenayah tersebut ketika berada di Thailand.

“Berhati-hatilah dengan penipuan melalui telefon ini (penipuan pusat panggilan), janganlah mudah terpeRdaya dengan kata-kata manis bahawa mereka akan memberi kepada anda jumlah bayaran tertentu.

“Selidikila­h dengan lebih mendalam, banyak perbuatan menipu melalui telefon berlaku sekarang,” katanya dalam wawancara dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun sebahagian daripada tanggungja­wab kedutaan Malaysia di sini adalah untuk menjaga kepentinga­n rakyat Malaysia semasa mereka berada di Thailand, tetapi mereka send- iri juga perlulah sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara tuan rumah.

Menurut Jojie yang memulakan tugas di sini dua bulan lepas, rakyat Malaysia yang didapati melanggar undang- undang Thailand akan dikenakan hukuman mengikut undang- undang tempatan.

Beliau berkata jika di Thailand, rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki menjadi anggota sindiket penipuan itu, di Malaysia pula pihak berkuasa menahan beberapa rakyat Thailand kerana disyaki melakukan jenayah serupa.

Berikutan peningkata­n jumlah mangsa dan kerugian besar yang mereka alami, pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan keras terhadap pelakunya, yang menurut media tempatan, lazimnya diketuai rakyat Taiwan

Enam daripada 18 rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan itu, diberkas pada 5 Januari di beberapa hotel di daerah Sukhumvit dan Huai Kwang.

Berikutan penangkapa­n itu, polis merampas daripada mereka kad ATM, buku akaun, kad kredit, kad SIM dan wang dalam mata wang Baht serta Ringgit Malaysia. — Bernaam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia