Utusan Borneo (Sarawak)

UPP diminta ikhlas jika mahu kembali kepada SUPP: Dr Sim

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mahu parti serpihanny­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) ikhlas jika mahu kembali kepada mereka, bukan sekadar hanya untuk pilihan raya.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, SUPP sentiasa terbuka menerima ahli-ahli yang telah keluar parti demi kepentinga­n dan kekuatan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Kami terbuka dan gembira jika mereka mahu kembali tetapi perlu ikhlas dari hati, bukan sekadar ‘ menukar baju’ secara luaran sahaja.

“Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kami terima tetapi bukan hanya untuk pilihan raya dan komunikasi melalui akhbar ternyata tidak ikhlas,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Grab Car Stand di iCOM Square di sini, semalam.

Tambah beliau, dalam perkara itu ahli UPP seha- rusnya memahami maksud dan nasihat daripada perdana menteri sebagai pengerusi BN Pusat dan ketua menteri sebagai pengerusi BN Negeri bahawa mereka sepatutnya ‘kembali’.

“Sudah jelas dinyatakan adalah ‘kembali’ dan perdana menteri serta ketua menteri telah menyatakan ia berkalikal­i.

“Melainkan anda tidak mahu memahaminy­a… pada saya ia jelas ‘kembali’,” tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.

Tambah Dr Sim, malahan SUPP bersedia menerima ahli-ahlinya yang bukan sahaja daripada parti serpihan mereka UPP tetapi mereka yang kini menjadi ahli dalam parti pembangkan­g.

Katanya, dengan demikian SUPP menjadi sebuah keluarga besar dan menjadi sebuah parti kuat demi kepentinga­n rakyat Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai spekulasi tentang tarikh pilihan raya yang kini diuaruarka­n, Dr Sim menjelaska­n secara logiknya Parlimen dibubarkan selepas sahaja persempada­nan semula kawasan pilihan raya di Selangor mendapat kelulusan di Dewan Rakyat pada 29 Mac ini.

Bagi Sarawak, persempada­nan semula tiada masalah dan telah ditetapkan pada tahun 2016 iaitu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya hanya dapat membuat andaian bahawa Parlimen dibubar dalam April atau awal April kerana persempada­nan semula perlu dibentangk­an di Parlimen pada 29 Mac ini.

“Selepas dibubar dan dalam tiga minggu kemudian memang akan mengadakan pilihan raya dan jika bubar awal April bermakna pilihan raya pada awal Mei,” katanya.

Bagi SUPP mereka bersedia dan mempunyai ramai calon berpontens­i untuk PRU14, termasuk di Parlimen Stampin kerana SUPP terus bekerja dan berkhidmat selepas pilihan raya terakhir.

“Ahli majlis kita, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) kita, setiausaha politik kita, semuanya boleh menjadi calon dan ini adalah SUPP baharu.

“Kami bukan seperti parti pembangkan­g tertentu yang hanya mengumumka­n nama calon semasa pilihan raya tetapi selepas pilihan raya menghilang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia