Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan harus manfaat teknologi, kuasa Internet

Teknologi dan Internet telah banyak mengubah cara dunia bekerja, kata Naroden

- Oleh Patricia Gari

KUCHING:Rakyat Sarawak khasnya golongan usahawan harus memanfaatk­an teknologi dan kuasa internet dalam mengembang serta memajukan lagi bidangbida­ng diceburi.

Menteri Muda E-Dagang merangkap Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perniagaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata teknologi dan Internet telah banyak mengubah cara dunia bekerja.

“Dulu kita hanya boleh mendapat maklumat dari surat khabar, buku, jurnal dan sebagainya tetapi sekarang keadaan sudah jauh berbeza.

“Apa sahaja maklumat yang diperlukan boleh didapati melalui teknologi dengan menekan butang atau tetikus komputer atau telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan

Dulu kita hanya boleh mendapat maklumat dari surat khabar, buku, jurnal dan sebagainya tetapi sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda E-Dagang

Bangunan Baharu Raya Khas dan Pelancaran Model Baharu Van Golden Dragon di sini, semalam.

Menurut Naroden, menerusi teknologi dan Internet maklumat dalam bentuk visual dan video boleh diperoleh dengan pantas serta tepat.

“Sekarang kita (Sarawak) sudah masuk ke era ekonomi digital. Sebab itulah kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) melancarka­n dasar pembanguna­n berlandask­an ekonomi digital.

“Sebab itu juga, beliau (Abang Johari) dengan berani melabur RM1 bilion untuk menguatkan lagi kuasa Internet di seluruh Sarawak termasuk kawasan pedalaman bagi membolehka­n semua rakyat mendapat maklumat secara dalam talian,” katanya.

Beliau juga percaya komuniti niaga sudah memahami penggunaan teknologi digital dalam urusan perniagaan terutama dalam perhubunga­n, perbincang­an, membuat keputusan, pengiklana­n, transaksi kewangan dan banyak lagi.

“Sebenarnya Internet memberi semua kita tahap gelanggang permainan sama rata, tidak kira di mana kita berada sama ada di bandar atau pedalaman, tidak kira besar atau kecil syarikat dikendalik­an.

“Ini kerana semua kita berupaya menggunaka­n In- ternet dan teknologi di tangan kita untuk mengiklan, mendapat maklumat dan berhubung dalam perniagaan kita,” ujarnya.

Mengenai Raya Khas Sdn BhdNaroden­berkata,kejayaan syarikat itu yang mula bertapak 40 tahun lalu wajar dicontohi syarikat Bumiputera lain.

“Pengalaman­nya selama 40 tahun bermula dengan kedai kecil di Satok menjual beras, kemudian beralih kepada perniagaan pusat servis kenderaan agensi kerajaan sehinggala­h mendapat lesen pengilanga­n untuk pemasangan kenderaan komersil.

“Semua proses ini dilalui dengan sabar dan cekal. Akhirnya muncul sebagai salah sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya,” katanya.

Beliau menambah, kesaba- ran, ketahanan dan kepercayaa­n adalah antara ciri-ciri berkualiti harus dimiliki usahawan yang ingin berjaya.

“Kualiti inilah yang ada pada syarikat Raya Khas Sdn Bhd yang harus dicontohi usahawan- usahawan lain khususnya Bumiputera,” tambahnya.

Pada majlis itu, Kumpulan Raya Khas menyumbang sebuah van jenazah serta RM2,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKI) Igan dan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Igan.

Sumbangan-sumbangan itu disampaika­n Pengarah Urusan Raya Khas Sdn Bhd Mohd Johnny Abdullah kepada Pengerusi LAKI Igan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

 ??  ?? SUMBANGAN: (Dari tiga kanan) Juanda, Naroden dan Johnny bergambar bersama van jenazah yang disumbangk­an Kumpulan Raya Khas kepada LAKI Igan.
SUMBANGAN: (Dari tiga kanan) Juanda, Naroden dan Johnny bergambar bersama van jenazah yang disumbangk­an Kumpulan Raya Khas kepada LAKI Igan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia