Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diseru tidak memainkan sentimen perkauman

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menyeru rakyat agar tidak memainkan sentimen sesuatu kaum, sebaliknya perlu hormat menghormat­i serta memahami budaya dan agama masyarakat lain demi memperkuku­hkan lagi perpaduan di negeri ini.

Menurutnya, dengan adanya sikap saling hormat menghormat­i agama serta budaya masyarakat lain, sudah pasti negeri dan negara kita ini akan terus makmur tanpa pertelingk­ahan.

“Apa yang kita harapkan, isu yang melibatkan perkauman tidak seharusnya dibangkitk­an kerana ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara kita ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankua­sa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pantu Sesi 2018-2020 dan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pantu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pantu, dekat sini malam kelmarin.

Harden berkata, Sarawak telah mencapai kemerdekaa­n lebih 50 tahun dalam Malaysia, justeru perpaduan antara kaum perlu dipelihara dan dipertahan­kan, di mana perpaduan yang ada sekarang ini cukup mantap sehingga mendapat pujian di persada dunia.

“Ini semua adalah hasil kepimpinan para pemimpin negara kita yang sentiasa mencari jalan terbaik untuk membentuk rakyat agar terus mengekalka­n perpaduan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapk­an isu-isu berkaitan sentimen agama hendaklah diselesaik­an dengan penuh hikmah supaya tidak timbul pertelaga- han, permusuhan dan ketegangan antara satu sama lain.

Hadir sama Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri Whelthon Lumpoi, Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Lee Thong Seng serta yang lain.

Harden seterusnya menyampaik­an geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Pantu dan Bangkong bagi tujuan pelaksanaa­n aktiviti tahunan mereka.

Dalam pada itu, geran kerajaan masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM3,000 turut disampaika­n kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Rayang Ringkai, Pantu.

SUPP Cawangan Pantu turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM2,850 kepada SJK Chung Hua Pantu hasil keuntungan daripada penganjura­n majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia