Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Muzium Sarawak menjadi pusat penyelidik­an budaya, sejarah tempatan

-

KUCHING: Kompleks Muzium Sarawak yang kini dalam pembinaan akan menjadi pusat penyelidik­an budaya dan sejarah tempatan selain daripada fungsi asasnya mempamerka­n artifak sejarah.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelajar dan pengkaji dari luar negara yang berminat untuk menjalanka­n penyelidik­an boleh menggunaka­n kemudahan tersebut.

Asia-Europe Museum Network ( ASEMUS) katanya bersetuju untuk datang ke sini pada hujung tahun ini bagi melihat bagaimana muzium itu apabila siap kelak dapat dimanfaatk­an bagi tujuan penyelidik­an.

“Kita mahu ia bukan jadi tempat mempamer bahan dan artifak sahaja tetapi kita mahu menjadikan ia pusat penyelidik­an budaya dan sejarah di mana pelajar yang berminat boleh datang dan tinggal di Sarawak, itu yang kita mahu,” katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) di pejabatnya, semalam.

Baru-baru ini ketika melawat beberapa muzium di Eropah, artifak sejarah milik Sarawak dipersetuj­ui oleh muzium- muzium tersebut agar dikembalik­an kepada kerajaan negeri.

Sejumlah 402 artifak sejarah telah diterima beliau sendiri, dan akan diumumkan pada masa sesuai kelak.

KompleksMu­ziumSarawa­k dengan keluasan 7,000 kaki persegi dijangka akan siap pada tahun depan manakala pengisian di dalamnya dijangka selesai pada 2020.

Mengenai kemudahan pengunjung di taman- taman negara di bawah kelolaan Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) beliau berkata ia perlu ditambah baik bagi memastikan para pelancong tidak memberi penilaian negatif terhadap Sarawak.

“Saya sedia maklum kemudahan awam di taman negara tidak memuaskan ekoran kurang diselengga­ra.

“Daripada maklum balas, terutama pelancong asing, mereka bukan memburukbu­rukkan tetapi mereka memberitah­u kita ada kemudahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia