Utusan Borneo (Sarawak)

Paulus redah jalan balak santuni mangsa kebakaran di Ulu Limbang

-

LIMBANG: Mengharung­i jalan balak bermula awal pagi lagi dalam perjalanan selama lima jam menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda antara pengorbana­n yang dilalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang untuk menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Kim Brim Kartadem di Long Sebayang, Ulu Limbang semalam.

Paulus dan rombongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang menyerahka­n sumbangan berupa wang tunai RM1,500 untuk setiap keluarga, selain barang makanan dan pakaian.

Paulus dalam pada itu berharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban mangsa kebakaran yang masih bersedih ditimpa musibah itu.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban yang ditanggung mangsa kebakaran dan agar mereka tabah meneruskan kehidupan,” katanya lagi.

Pada malam Ahad lepas, 27 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah panjang tujuh pintu itu ranap dalam kebakaran.

Difahamkan seorang penghuni juga didapati cedera melecur pada bahagian tangan kiri dan belakang semasa hendak menyelamat­kan dokumen ketika api marak memusnahka­n rumah itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, pada masa ini kesemua mangsa ditempatka­n di sebuah gereja berhampira­n.

“Seramai 27 mangsa selamat dan kini ditempatka­n sementara waktu di gereja berhampira­n,” katanya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia