Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA diminta selesai isu bayaran kepada peserta penanaman sawit di Jemoreng

-

MUKAH: FELCAR Berhad (FELCRA) diminta menyelesai­kan isu berbangkit mengenai kadar bayaran kepada peserta penanaman sawit di kawasan Jemoreng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata pencapaian kata sepakat kedua-dua pihak tentang isu itu mustahak bagi mewujudkan suasana harmoni seperti sediakala.

“Kita tidak mahu lihat ada permusuhan antara keduaduany­a kerana isu ini, setiap isu atau masalah dapat diselesaik­an dengan duduk semeja,” katanya pada penyampaia­n bantuan banjir oleh FELCRA di Igan.

Menurutnya, hak penduduk kampung adalah sesuatu yang perlu diberi atau dikembalik­an sementara jika mempunyai apa-apa masalah di peringkat pengurusan FELCRA, ia perlu diberitahu secara terus terang.

“Perlu ada bukti jika ada masalah di pihak FELCRA dan jangan berdiam diri, penduduk kampung atau peserta akan tahu jika diberitahu,” katanya.

Beliau sebenarnya merujuk kepada contoh masalah hutang diperkatak­an oleh FELCRA sebelum ini namun tidak mempunyai bukti cukup ketika dibentangk­an kepada wakil-wakil rakyat di kawasan pesisir yang terlibat dalam program sama.

Juanda turut menyatakan bahawa penduduk kampung berhasrat mempunyai duit simpanan lebih melalui program itu tetapi hampa kerana menerima dividen atau ba- yaran terlalu sedikit.

“Jangankan untuk pergi menunaikan haji, hanya cukup-cukup sahaja duit yang diterima,” ujarnya.

Beliau turut mengatakan tidak memihak kepada sesiapa namun kedua-duanya perlu adil terhadap diri sendiri.

“Saya tidak memihak sesiapa hanya mahu menegaskan siapa yang mempunyai hak harus diberi haknya supaya kita semua hidup aman dan tidak saling bermusuhan.” jelasnya.

Pada masa sama, Juanda turut menasihati peserta memberi sedikit masa kepada pengurusan baharu FELCRA menyelesai­kan masalah tersebut.

Turut hadir Pengurus Besar FELCRA Wilayah Sarawak Saiffudin Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia