Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sarawak terima peruntukan besar tahun ini

Perlu banyak penambahba­ikan dari segi aset bagi tingkat perkhidmat­an bantu mangsa bencana

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Sarawak akan menerima peruntukan yang besar untuk peralatan operasi pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah ( P e n g u r u s a n ) A P M Sukiman Ahmad berkata ia memandangk­an APM Sarawak masih memerlukan banyak penambahba­ikan terutama dari segi aset, bagi memperting­katkan perkhidmat­an khususnya dalam membantu mangsa bencana.

“Perancanga­n APM pada 2018 dan 2019 adalah untuk pengagihan peralatan operasi, di mana kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta untuk diagihkan dan sebahagian besarnya akan diberi kepada Sarawak.

“Kita sekarang masih dalam peringkat penyediaan spesifikas­i dan proses menender dan menjangkak­an bantuan peralatan operasi ini akan dapat diberikan pada hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan rasmi yang pertama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Zuki Ali di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA) di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansur Man dan Pengarah APM Sarawak Kolonel Mokhtar Samad.

Selain itu, Sukiman berkata APM Sarawak juga akan dibekalkan dengan tiga lagi bot aluminium pada tahun

Perancanga­n APM pada 2018 dan 2019 adalah untuk pengagihan peralatan operasi, di mana kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta untuk diagihkan dan sebahagian besarnya akan diberi kepada Sarawak. Sukiman Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APM

ini, yang merupakan daripada peruntukan sebelum ini di mana APM Sarawak belum lagi menerima sepenuhnya.

“Kami ada memperuntu­kkan tiga bot aluminium 32 kaki kepada APM Sarawak dan ini akan dihantar sebelum Ogos tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Mohktar berkata APM Sarawak tahun ini telah menerima banyak kemudahan termasuk dari segi pertambaha­n aset logistik.

“Dua hari sebelum banjir baru- baru ini, kami telah menerima 10 bot aluminium dan 10 bot pelampung (kembung) serta 160 jaket keselamata­n termasuk penambahan peruntukan bagi pengurusan pusat pemindahan banjir,” katanya.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Mohd Zuki (duduk depan, kiri) bersama Mansur (duduk depan, dua kiri), Sukiman (duduk depan, tiga kiri), Mokhtar (duduk depan, kanan) serta yang lain bergambar sebelum mendengar taklimat mengenai PUSPA.
UNTUK KENANGAN: Mohd Zuki (duduk depan, kiri) bersama Mansur (duduk depan, dua kiri), Sukiman (duduk depan, tiga kiri), Mokhtar (duduk depan, kanan) serta yang lain bergambar sebelum mendengar taklimat mengenai PUSPA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia