Utusan Borneo (Sarawak)

Program Pembanguna­n Vendor Petronas diteruskan walau harga minyak rendah

-

KUCHING: Program Pembanguna­n Vendor ( VDP) Petronas akan diteruskan walaupun ketika ini harga minyak dunia rendah.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Program Pembanguna­n Vendor Petronas Zakiyah Zakaria semasa membentang­kan tajuk ‘ Gambaran Keseluruha­n VDP Petronas’ pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak di sebuah hotel di sini semalam.

“Walaupun harga minyak dunia jatuh ketika ini, Petronas akan meneruskan Program Pembanguna­n Vendor, cuma pemilihan skop agak tegas.

“Kita hanya menerima skop yang menyediaka­n banyak kerja dan peluang perniagaan. Paling penting walaupun trend pelaburan perlahan, perniagaan dan operasi syarikat terus berjalan,” katanya.

Zakiyah menambah, dengan pertumbuha­n ekonomi yang agak perlahan dan harga minyak dunia rendah, penganuger­ahan projek oleh Petronas kepada vendor berkuranga­n.

Beliau mendedahka­n bahawa pemilihan skop harus memacu perniagaan iaitu jumlah kerja yang munasabah serta permintaan kerap, berisiko rendah atau sederhana, pelaburan rendah atau sederhana, berpotensi untuk berkembang maju dan ketersedia­an vendor tempatan dengan potensi baik.

Katanya, sebelum ini skop VDP antaranya ialah penggerudi­an, saluran paip, menyediaka­n aksesori penggerudi­an, penyediaan peralatan dan operasi.

“Kita juga tidak menerima skop yang memerlukan pelaburan yang sangat tinggi,” ujarnya.

Mengenai pemilihan vendor beliau berkata, Petronas akan memberi keutamaan kepada syarikat milik Bumiputera, pemilik dengan aktif mengendali­kan syarikat, mempunyai peralatan dan pekerja sendiri, berpengala­man dan pemilihan menerusi pembidaan yang kompetitif.

Katanya, ia seiring dengan objektif VDP Petronas i aitu membangunk­an usahawan Bumiputera untuk pengeluara­n produk dan perkhidmat­an teknikal.

Beliau berkata, sejak diperkenal­kan pada 1993, VDP Petronas telah membangunk­an 23 syarikat vendor di seluruh negara dengan jumlah kontrak dianugerah­kan RM8.3 bilion.

Dua vendor Petronas dari Sarawak yang berjaya dan merupakan syarikat disenarai dalam Bursa Malaysia iaitu Dayang Enterprise Berhad dan Serba Dinamik Holding Bhd.

“Petronas telah memberi peluang kepada syarikatsy­arikat ini dalam industri minyak dan gas dengan menyediaka­n platform untuk mereka mengembang­kan perniagaan menerusi inisiatif sendiri.

“Mereka telah bekerja keras sehingga mencapai kejayaan hari ini, semua vendor harus ikut jejak kedua-dua syarikat ini,” katanya. KUCHING: Shell Malaysia akan menjalanka­n kerjak e r j a ‘ p e n a m a t a n ’ ( decommissi­oning), yang merupakan bidang baharu diterokai syarikat minyak dan gas di Sarawak khasnya.

Pengurus Besar Aset Sarawak Shell Malaysia Jill Chieng menyatakan bahawa bidang baharu ini akan menyediaka­n banyak peluang untuk pemain industri mengambil bahagian dalam kerja-kerja berkaitan.

“Semua lapangan minyak dan gas akan kehabisan apabila tiba masanya dan apabila ia berlaku, bermakna berakhirla­h riwayat lapangan berkenaan.

“Jadi ada kerja- kerja menanti kita untuk memastikan kemudahank­emudahan yang ada di lapangan itu dihentikan,” katanya ketika menyampaik­an tajuk ‘Gambaran Keseluruha­n Shell Malaysia’ pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau memberitah­u, Shell komited melakukan aktivitiak­tiviti ‘penamatan’ selaras dengan standard ditetapkan dan bekerjasam­a dengan Petronas.

Terdahulu beliau berkata, Shell akan terus melabur dalam penerokaan bukan sahaja untuk mencari lebih banyak prospek tetapi sebagai sebahagian daripada komitmenny­a kepada kerajaan Sarawak.

“Sejak akhir tahun lepas, kami telah menggerudi enam telaga baharu di luar pantai Sarawak,” katanya.

Jill berkata, langkah seterusnya,ialah Shell Malaysia akan mengembang­kan lapangan untuk mengekstra­k minyak dan gas.

“Dalam fasa pembanguna­n, kami akan menceburi bidang pembanguna­n baharu dalam tahun- tahun akan datang termasuk perairan yang jauh dari pantai Sarawak dan memanfaatk­an teknologi baharu.

“Ini akan menjadi satu perjalanan yang menarik bagi Shell Malaysia serta rakan kongsi kami dan Petronas,” katanya.

Beliau berkata, dalam fasa pengendali­an dan penyelengg­araan, Shell tidak mengendali­kan medan E11, F23 dan F6 yang berada di tengah-tengah Luconia.

“Kami akan memastikan kecemerlan­gan operasi.

“Kami mahu menjadi salah satu daripada masa depan Sarawak termasuk bekerjasam­a dengan rakanrakan baharu,” katanya.

 ??  ?? PELUANG: Zakiyah ketika menyampaik­an topik ‘Gambaran Keseluruha­n VDP Petronas’ pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak.
PELUANG: Zakiyah ketika menyampaik­an topik ‘Gambaran Keseluruha­n VDP Petronas’ pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak.
 ??  ?? BIDANG BAHARU: Jill ketika menyampaik­an topik ‘Gambaran Keseluruha­n Shell Malaysia’, pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak.
BIDANG BAHARU: Jill ketika menyampaik­an topik ‘Gambaran Keseluruha­n Shell Malaysia’, pada Sesi Perkongsia­n PeluangPel­uang Minyak dan Gas Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia