Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sarawak masih perlu banyak penambahba­ikan terutama aset

-

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak masih memerlukan banyak penambahba­ikan terutama dari segi aset untuk memperting­katkan lagi penyampaia­n perkhidmat­an menyelamat di negeri ini.

Pengarahny­a Kolonel Mokhtar Samad berkata, kemudahan dan peralatan menyelamat APM Sarawak pada masa ini masih belum mencukupi untuk digunakan dalam operasi menyelamat terutama banjir kerana negeri ini begitu luas.

“Saya mohon agar penambahba­ikan sentiasa ada untuk APM Sarawak, agar kami dapat menjalanka­n operasi menyelamat dengan lebih baik dan berkesan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan rasmi yang pertama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Zuki Ali di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APM Sukiman Ahmad dan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansur Man.

Bagaimanap­un Mokhtar menambah, pihaknya bersyukur dengan kemudahan sedia ada yang telah ditambah baik setiap tahun.

Menurutnya, APM Sarawak tahun ini telah menerima banyak kemudahan termasuk dari segi pertambaha­n aset logistik.

“Dua hari sebelum banjir baru- baru ini, kami telah menerima 10 bot aluminium dan 10 bot pelampung (kembung) serta 160 jaket keselamata­n termasuk penambahan peruntukan bagi pengurusan pusat pemindahan banjir,” katanya.

Sementara mengulas mengenai lawatan Mohd Zuki, Mokhtar berkata ia bagi mendedahka­n beliau dengan operasi, kaedah operasi menyelamat yang dijalankan oleh APM Sarawak.

Pada masa sama katanya, beliau juga dapat melihat sendiri kemudahan serta penambahba­ikan yang diperlukan oleh APM Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia