Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ bebas tahanan reman

-

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang direman berhubung kes menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaru­hi penutupan siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang, dibebaskan semalam.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarka­n lelaki berusia 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu sebelum ini direman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) selama empat hari bermula 3 Mac bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut laporan media, suspek ditahan di sekitar ibu negara pada jam 3.30 petang 2 Mac lepas dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.

Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu ‘menyelesai­kan’ siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

Media turut melaporkan suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan namun jumlah berkenaan telah dikurangka­n kepada RM3 juta selepas rundingan dengan pihak syarikat terbabit.

Kes disiasat mengikut Sek- syen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Pada 27 Feb lepas, SPRM menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaru­hi penutupan siasatan kes projek berkenaan.

SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik suspek berkenaan yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarka­n bernilai RM1.3 juta.

‘ Datuk Seri’ berusia 37 tahun itu masih lagi dalam tahanan reman SPRM sehingga 10 Mac ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBEBASKAN: Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dibebaskan semalam setelah direman selama enam hari berhubung kes menerima rasuah RM3 juta bagi mempengaru­hi penutupan siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
— Gambar Bernama DIBEBASKAN: Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dibebaskan semalam setelah direman selama enam hari berhubung kes menerima rasuah RM3 juta bagi mempengaru­hi penutupan siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia