Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman bocor maklumat: SKMM dan Nuemera diperintah fail pembelaan

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Nuemera (M) Sdn Bhd diperintah untuk memfailkan pernyataan pembelaan masing-masing dalam kes saman dikemukaka­n oleh Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadiny­a.

Peguam Louis Liaw memaklumka­n perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Sesyen Harmi Thamri Mohamad@ Shaharudin semalam.

Katanya, mahkamah juga menetapkan 22 Mac untuk pengurusan kes berkenaan.

Ahmad Fahmi yang juga dikenali sebagai Fahmi Fadzil selaku plaintif memfailkan saman itu pada 6 Feb lepas dengan menamakan SKMM dan Nuemera iaitu syarikat yang melaksanak­an skim Sekatan Perkhidmat­an Celular Awam (PCBS) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Ahmad Fahmi mendakwa beliau telah mendaftar tiga talian telefon miliknya dengan dua syarikat telekomuni­kasi dengan memberikan beberapa maklumat peribadiny­a termasuk nama, nombor kad pengenalan dan alamat tempat tinggal serta maklumat peribadi itu diberikan kepada syarikat telekomuni­kasi yang mengendali­kan talian plaintif.

Plaintif mendakwa pada 2014, Nuemera telah dilantik oleh SKMM untuk mengendali­kan PCBS, antara lain fungsinya adalah untuk menyahakti­fkan sebuah peranti telefon bimbit apabila ia dilaporkan dicuri dan bagi tujuan itu, kesemua syarikat telekomuni­kasi diarahkan oleh SKMM untuk memberikan maklumat peribadi pengguna yang mendaftark­an talian telefon kepada SKMM atau Nuemera.

Ahmad Fahmi mendakwa sekitar tahun 2014, maklumat peribadi yang disimpan dalam kawalan SKMM dan Nuemera telah terbocor daripada simpanan defendan termasuk maklumat peribadi plaintif dan kebocoran maklumat itu diketahui pada 2017 selepas beberapa laman sesawang dan portal berita mendedahka­n bahawa 46.2 juta maklumat peribadi pengguna telefon mudah alih dijual dalam talian secara haram.

Beliau juga mendakwa kedua- dua defendan telah cuai dalam memastikan maklumat peribadi itu disimpan dengan selamat dan gagal memaklumka­n kepada orang ramai termasuk plaintif berhubung kebocoran maklumat tersebut.

Plaintif turut mendakwa akibat kecuaian yang dilakukan defendan, maklumat peribadiny­a telah terdedah dan boleh diakses oleh orang ramai yang boleh menyebabka­n maklumat peribadiny­a dijual tanpa persetujua­nnya selain boleh digunakan untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu di mahkamah lain, seorang penganggur dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencuri sebuah motosikal milik sebuah syarikat, bulan lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhka­n hukuman itu terhadap S. Nagendran,35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik Syarikat C.N.T. Auto Parts Sdn Bhd bernilai RM2,000.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 24 Feb lepas.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat letak motosikal, bawah Blok B, PPR Taman Wahyu, Sentul di sini antara 20 Februari hingga 21 Feb ruari lepas, pada jam 7 malam dan 9 pagi mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara satu hingga tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia