Utusan Borneo (Sarawak)

Pemantauan perlu agar setiap bantuan memberi impak positif kepada kehidupan dan ekonomi peserta

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pejabat Daerah Limbang akan meningkatk­an pemantauan terhadap projek Program Peningkata­n Pendapatan (PPP) agar segala bantuan yang diberikan kerajaan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk meningkatk­an pendapatan keluarga.

Residen Limbang Ahmad Denny Fauzi berkata, pemantauan berterusan itu perlu agar setiap bantuan memberi impak positif kepada kehidupan dan ekonomi para peserta.

“Pejabat Daerah Limbang akan memantau untuk memastikan bagaimana bantuan ini diguna pakai untuk manfaat peserta dan tidak disalahgun­akan,” katanya pada penyerahan PPP di Pejabat Residen Limbang semalam.

Pejabat Daerah Limbang akan memantau untuk memastikan bagaimana bantuan ini diguna pakai untuk manfaat peserta dan tidak disalahgun­akan. ” Ahmad Denny Fauzi Residen Limbang

Turut sama Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, wakil FELCRA Sarawak Rohaizat Ahmad, wakil Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Alistair Larry Daniel dan wakil FELCRA Berhad Sarawak Wincent John Maja.

Terdahulu Jamalie berkata, PPP bertujuan meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup keluarga, sekali gus mengeluark­an mereka daripada belenggu kemiskinan.

“Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk aset, premis, bengkel, ruang niaga, peralatan bantuan dan bahan mentah.

“Selain itu, latihan, kursus kemahiran asas, bimbingan serta kos khidmat pengurusan disampaika­n melalui agensi pelaksana,”katanya.

Jelas beliau, PPP bukan sahaja berupa bantuan kerajaan kepada golongan berpendapa­tan rendah tetapi amanah yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk memperbaik­i taraf kehidupan.

Projek-projek ekonomi PPP memberi tumpuan kepada perusahaan berasaskan asas tani, perikanan, perternaka­n, perniagaan kecil-kecilan, aktiviti perkhidmat­an dan pertanian.

Seramai 10 peserta terpilih menerima PPP di daerah ini semalam.

 ??  ?? MANFAATKAN: Denny (berdiri, sembilan kiri), Jamalie (lima kanan) bersama para tetamu lain dan peserta terpilih PPP semalam.
MANFAATKAN: Denny (berdiri, sembilan kiri), Jamalie (lima kanan) bersama para tetamu lain dan peserta terpilih PPP semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia