Utusan Borneo (Sarawak)

Perlumbaan perahu mini mampu eratkan silaturahi­m antara pemainnya

-

MUKAH: Perlumbaan perahu mini atau lebih dikenali sebagai ‘ salui lukut’ oleh masyarakat tempatan di Mukah mampu mengeratka­n silaturahi­m antara pemainnya.

Ini kerana ia menerima penyertaan menggalakk­an dan ramai peminat sukan hadir, yang boleh dikategori­kan sebagai salah satu sukan lumba asli dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, ‘salui lukut’ selalunya dimainkan ketika Pesta Kaul diadakan di peringkat kampung.

Terbaharu, Pesta Kaul Petanak 2018 turut dimeriahka­n dengan penganjura­n lumba salui ini.

“Kami menerima penyertaan yang amat menggalakk­an iaitu seramai 114 penyertaan pada kali ini,” kata pengerusi penganjur Ahmad Castello.

Menurutnya, tujuan ia diadakan selain memeriahka­n Kaul Petanak dan mengeratka­n silaturahi­m di kalangan peminat, juga untuk mempromosi­kan sukan ini dengan lebih giat.

“Kita juga berharap agar sukan rekreasi ini dapat dianjurkan lagi pada Pesta Kaul Mukah yang akan diadakan penghujung April ini,” jelasnya.

Sementara itu, ‘salui’ dinamakan Wira GP milik Robin Doh berjaya merangkul gelaran johan dalam kategori juara-juara disusuli Terkukur Emas milik Abdul Rahim di tempat kedua dan Sinaran Permata Siska dimiliki Seri Muli di tempat ketiga dalam kategori sama.

S e m e n t a r a b a g i k a t e g o r i h a r a p a n , ‘salui’ Intan Permata Merah milik Osman Mahari berjaya menjadi johan, diikuti Nars milik Selihin Panyau dan tempat ketiga juga ‘salui’ milik Selihin iaitu Saraziq Satu.

Kelab Sukan dan Rekreasi Gerak Pantas Petanak bertindak sebagai penganjur lumba berkenaan sempena sambutan Kaul Petanak 2018.

Hadiah-hadiah telah disampaika­n oleh penaja hadiah utama Awang Irman Awang Salleh dan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Gerak Pantas Petanak Norzelan Serun.

 ??  ?? ERAT SILATUR RAHIM: Antara pemenang lumba salui lukut sempena Pesta Kaul Petanak 2018 barubaru ini yang sempat merakamkan kenangan bersama.
ERAT SILATUR RAHIM: Antara pemenang lumba salui lukut sempena Pesta Kaul Petanak 2018 barubaru ini yang sempat merakamkan kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia