Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM tidak terima permohonan bantu kesan kapal ‘Equanimity’

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada pihak Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) Amerika dan polis Indonesia untuk membantu mengesan kapal mewah bernama ‘Equanimity’ sebelum ia disita pada 28 Feb lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Tidak ada, tidak pernah ada,” katanya ketika ditanya sama ada pihaknya dihubungi FBI dan polis Indonesia bagi membantu mengesan kapal berkenaan yang didakwa dimiliki ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomers­ilan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV) di Bukit Aman, di sini, semalam.

Sabtu lepas, portal tempa- tan melaporkan polis Indonesia menyita kapal mewah Equanimity di Bali yang dikehendak­i Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Menurut laporan itu, kapal itu disita atas permintaan FBI yang meminta bantuan menguatkua­sakan satu perintah mahkamah.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sudah memohon untuk mendapatka­n semula wangnya berjumlah AUD$320,000 (RM971,483) dalam sebuah akaun bank di Australia, Mohamad Fuzi berkata beliau belum berbuat demikian.

“Beliau (Wan Ahmad Najmuddin) ada hak dapatkan wangnya...cuma beliau berpendapa­t ia melibatkan urusan luar negara dan mungkin memerlukan perbelanja­an lebih besar,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Mohamad Fuzi dalam kenyataann­ya berkata, wang milik Wan Ahmad Najmuddin di dalam akaun itu daripada sumber yang sah.

Menurut kenyataan itu, siasatan mendapati akaun tersebut pada awalnya dibuka oleh Wan Ahmad Najmuddin pada 2011 bagi memudahkan penyaluran dana pembiayaan pengajian diploma anak lelakinya di negara itu.

Katanya, pada 2016, akaun yang sama kemudian diaktifkan semula untuk merancang pengajian sarjana anak perempuann­ya di Australia juga.

Akhbar Sydney Morning Herald pada Jumaat lepas, melaporkan Polis Persekutua­n Australia (AFP) membekukan akaun bank milik Wan Ahmad Najmuddin di negara itu, selepas mencurigai kemasukan wang hingga mencapai lebih AUD$320,000.

Turut hadir ke majlis berkenaan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Timbalan KetuaPolis­NegaraTanS­riNoor Rashid Ibrahim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia