Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditembak mati di Seremban

-

SEREMBAN: Dua lelaki yang maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Persiaran Ainsdale Selatan dekat sini awal pagi semalam, dipercayai terlibat dengan kes samun dan pecah rumah.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ini berdasarka­n penemuan peralatan pecah rumah di dalam kereta yang dinaiki suspek selain kereta itu dikenal pasti terlibat dalam satu kes samun di Klang, Selangor baru-baru ini.

Identiti kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 30-an belum dikenal pasti, katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas kejadian itu, Noor Azam berkata, sepasukan polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Seremban 2-Labu terserempa­k dengan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang dipandu dalam keadaan mencurigak­an.

“Pasukanpol­iscubamemi­ntas dan mengarahka­nnya berhenti tetapi suspek terus memecut melarikan diri dan pihak polis telah mengejar suspek sejauh dua kilometer sebelum berjaya memintas,” katanya.

Noor Azam berkata, penumpang kereta itu kemudian bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah polis dan pemandu kereta itu pula telah melibaskan parang ke arah anggota pasukan keselamata­n terbabit

Beliau berkata, pihak polis telah melepaskan lima das tembakan ke arah keduadua suspek sebagai tindakan mempertaha­nkan diri.

“Tembakan itu telah mengenai badan suspek dan kedua-duanya mati di tempat kejadian,“katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n menemukan sepucuk pistol jenis revolver yang mengandung­i empat kelongsong dan dua butir peluru hidup pada suspek.

Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar dan kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia