Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak majikan wajib mengkredit­kan jumlah gaji kepada akaun pekerja menggunaka­n kaedah ‘e-wallet’

-

KUALA LUMPUR: Bayaran gaji kepada pembantu rumah asing pada masa depan tidak lagi menggunaka­n kaedah konvension­al atau tunai, tetapi menggunaka­n kaedah ‘ e- wallet’, secara terus ke akaun pembantu rumah asing, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan telah dibincangk­an secara mendalam oleh Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Dalam Negeri dengan pihak kedutaan dan suruhanjay­a tinggi.

“Kami telah adakan perbincang­an yang agak terperinci dengan kedutaan agar semua majikan berdaftar guna kaedah pembayaran sama.

“Saya fikir kaedah konvension­al seperti dulu, kita sebagai negara yang akan jadi negara maju, kita perlu elak walaupun seorang...kita tak harus izinkan sebarang pembuatan tidak baik kepada pekerja,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan M. Kulasegara­n (DAPIpoh Barat) yang mahu tahu sama ada kerajaan akan memperkena­lkan mekanisme

Saya fikir kaedah konvension­al seperti dulu, kita sebagai negara yang akan jadi negara maju, kita perlu elak walaupun seorang...kita tak harus izinkan sebarang pembuatan tidak baik kepada pekerja.

tertentu bagi memastikan bayaran elaun dan gaji pembantu rumah asing dibuat pada setiap bulan.

Ahmad Zahid menjelaska­n melalui sistem itu, pihak majikan wajib mengkredit­kan jumlah gaji kepada akaun pekerja.

“Slip kredit kepada akaun akan diberikan kepada pekerja supaya dapat mengetahui pembayaran dibuat atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, seramai 543,460 pengguna telah melayari laman portal Sistem Maid Online untuk permohonan pembantu rumah asing (PRA) secara dalam talian, yang mula diperkenal­kan pada awal tahun ini.

“Majikan yang berjaya ‘login’ adalah seramai 10,604 orang, pembantu rumah as- ing yang didaftarka­n adalah seramai 1,903 orang dan permohonan PRA yang layak ke Fomema (Agensi Pemantauan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing) adalah 1,480,” tambahnya.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan majikan hanya perlu membayar antara RM1,635 hingga RM2,535 bagi kos bayaran wajib yang merangkumi levi, pertukaran pas, wang cagaran, kos pemprosesa­n dan bayaran kompaun bagi pemegang pas lawatan sosial.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang ingin tahu sejauh mana kaedah pengambila­n PRA secara langsung tanpa melalui ejen atau secara dalam talian mampu menampung permintaan PRA dalam ne- gara dan bagaimana sambutan orang ramai terhadap keputusan kerajaan itu.

Menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PKRBukit Katil) yang ingin tahu adakah pengambila­n PRA secara terus tanpa ejen dapat melindungi hak dan kebajikan warga asing itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah berbincang dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana untuk mewujudkan satu sistem bagi memantau kebajikan PRA secara berkala.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadi serta kerajaan Malaysia mengutuk perbuatan dera yang menyebabka­n kematian pembantu rumah Indonesia, Adelina Lisao, 28, di Pulau Pinang pada 10 Februari lepas.

Beliau berkata, sebarang perlakuan yang tidak baik oleh mana- mana majikan rakyat Malaysia di negara ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada negara secara keseluruha­nnya.

“Saya amat prihatin dalam perkara ini, jangan ingat perbuatan peribadi kita tidak menjejaska­n nama negara... apatah lagi semua ahli-ahli di dewan yang mulia ini, sama ada belah sini atau belah sana tentu tidak bersetuju dengan perbuatan sedemikian,” tegasnya.

Seorang suri rumah, M. Ambika, 59, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam pada 21 Februari lepas atas tuduhan menyebabka­n kematian Adelina pada 10 Februari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN : Dr Ahmad Zahid ketika menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN : Dr Ahmad Zahid ketika menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia