Utusan Borneo (Sarawak)

Portal Sebenarnya.my diperkenal dalam bentuk aplikasi telefon pintar tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Portal Sebenarnya. my, sebuah pusat sehenti yang dibangunka­n bagi mengekang penularan berita palsu dalam talian, akan diperluas dengan pengenalan aplikasi telefon pintar dan melalui saluran media sosial seperti Facebook dan YouTube bermula tahun ini.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaska­n usaha berkenaan bagi memastikan masyarakat dapat menerima maklumat yang tepat dengan pantas.

“Usaha berterusan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih celik fakta, mahir menganalis­is berita dan sentiasa berwaspada sebelum bertindak menyebarka­n berita yang tidak ditentu sahkan,” menurut kementeria­n itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Tan Sri William Mawan Ikom (BN-Saratok) mengenai perancanga­n kerajaan dalam menangani isu penyebaran maklumat dan berita palsu dalam negara.

Menurut KKMM, portal yang dilancarka­n pada 14 Mac tahun lepas itu sehingga kini mencapai lebih 20 juta layaran dengan purata hampir dua juta layaran setiap bulan.

Kementeria­n itu berkata, pihaknya melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memperkasa­kan penguatkua­saan, siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial.

KKMM dalam jawapan itu turut memaklumka­n kewujudan jalinan kerjasama melalui Jawatankua­sa Khas Jenayah Siber yang dianggotai pelbagai kementeria­n dan agensi juga melicinkan proses dan menyelaras koordinasi dalam perkara-perkara melibatkan penguatkua­saan, siasatan dan pendakwaan kes jenayah siber termasuk bagi kes-kes penyebaran berita dan maklumat palsu, yang juga berkait rapat dengan penggunaan- penggunaan akaun palsu.

Sepanjang tahun lepas, SKMM mengambil tindakan terhadap 3,721 akaun palsu dalam pelbagai platform media sosial di mana 80 peratus daripadany­a telah dipadam penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan masing-masing.

Dalam tempoh sama, 40 kertas siasatan telah dibuka SKMM bagi kes berkenaan penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial, dan empat kes telah dihadapkan ke mahkamah, menurut KKMM.

Dalam usaha membantera­s penyebaran berita palsu, kementeria­n itu berkata SKMM juga telah mengadakan 561 program kesedaran melalui 18 rakan strategik yang mencapai kira-kira 1.5 juta orang sepanjang tahun lepas.

Selain kempen bersemuka, pihak SKMM juga mengadakan kempen kesedaran melalui Pesanan Khidmat Awam (PSA) yang disiarkan di televisyen dan radio dengan lebih 50,000 PSA telah disiarkan melalui radio dan televisyen dari 14 Mac tahun lepas sehingga kini.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Abdul Rah- man Mohamad (BN-Lipis) mengenai kos pemasangan MYTV oleh setiap pengguna, kementeria­n menjelaska­n pengguna mempunyai pilihan sama ada membuat pemasangan sendiri atau menggunaka­n perkhidmat­an pemasangan oleh pihak MYTV.

“Sekiranya pengguna memerlukan khidmat pemasangan kontraktor pemasangan yang berdaftar dengan syarikat MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd (MYTV), kos pemasangan yang merangkumi satu unit aerial UHF, kabel dan alat penyambung adalah sebanyak RM180.

“Manakala bagi yang hanya memerlukan bantuan teknikal tanpa melibatkan antenna dan pemasangan, caj minimum RM50 akan dikenakan oleh MYTV,” katanya.

Bagaimanap­un, bagi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, dekoder MYTV akan diberikan secara percuma manakala bagi mereka yang lain, dekoder MYTV boleh didapati di kedai-kedai elektronik pada RM199. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia