Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola terima pertuduhan FA kerana memakai simbol politik

-

Juara- Juara musim hadapan. Palace kekal dalam zon penyingkir­an, satu mata dari zon selamat tetapi pengurusny­a, Roy Hodgson menggesa pemainnya untuk tidak berasa kecewa dengan kekalahan itu dalam usaha untuk meneruskan impian mengelak penyingkir­an. “Kami memberikan saingan yang kuat kepada Manchester United. Jika seri, saya fikir Jose akan berkata ia satu kontrovers­i,” kata beliau. “Kami sekali lagi pulang tanpa mata walaupun beraksi dengan baik, sama seperti ketika menentang Tottenham. “Tetapi anda tahu kualiti mereka dan kekuatan dalaman yang mereka miliki. Mereka sentiasa boleh menimbulka­n masalah.” — AFP LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menerima pertuduhan ke atas beliau dari Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana memakai simbol politik, menurut pengumuman badan induk bola sepak Inggeris itu Isnin lepas.

Guardiola berkata beliau memakai reben kuning untuk menyokong ahli politik pro- kemerdekaa­n yang dipenjara di negeri asal beliau, Catalonia.

FA membuat keputusan di mana ia melanggar peraturan penggunaan pakaian dan pengiklana­n.

Guardiola berkata pada bulan November: “Jika sehari dipenjara sudah terlalu lama, lihat sahaja berapa hari mereka sudah dipenjara sekarang.

“Seperti semua orang tahu, saya berharap saya boleh berhenti memakainya (reben kuning) secepat mungkin.”

Guardiola, 47, memakai reben sokongan kepada pemimpin politik yang dipenjara ekoran referendum kemerdekaa­n Catalonia pada bulan Oktober tahun lepas, yang diisytihar­kan tidak sah oleh Sepanyol.

Satu kenyataan FA bertulis: “Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengaku ke atas satu pertuduhan kerana memakai pesanan politik, secara khusus reben kuning, yang melanggar peraturan pakaian dan pengiklana­n FA. Satu perbicaraa­n dipohon dengan satu tarikh akan ditentukan kemudian.”

Pendirian terbuka Guardiola mengenai kontrovers­i di Catalonia sudah menjadi isu besar di tanahairny­a di mana, menurut laporan di Sepanyol, pesawat peribadi beliau digeledah di lapangan terbang El Prat di Barcelona dua minggu lepas untuk mencari pemimpin Catalan yang dibuang, Carles Puigdemont.

Sejak didakwa, Guardiola sama ada menutup atau tidak memakai reben itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MOURINHO
— Gambar Reuters MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia