Utusan Borneo (Sarawak)

Pochettino berdepan saat penting dalam misi buru slot suku akhir Liga Juara Juara

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berdepan saat penting dalam impian menyertai pengurus elit yang menewaskan Juventus dalam Liga JuaraJuara hari ini.

Sudah lama dianggap salah seorang jurulatih muda berbakat, Pochettino boleh menggunaka­n Liga JuaraJuara musim ini untuk mencapai status yang dilakukan oleh jurulatih seperti Pep Guardiola, Jose Mourinho dan Diego Simeone.

Seperti rakan senegarany­a dari Argentina, Simeone, Pochettino mendapat perhatian dari beberapa kelab besar di Eropah.

Tetapi ketika Simeone sudah mengatasi jangkaan dengan membimbing Atletico Madrid memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol dan Liga Europa selain melangkah ke dua final Liga Juara- Juara, Pochettino masih menanti saat gemilang beliau.

Walaupun mendapat pujian sepanjang sembilan tahun kerjaya sebagai jurulatih bersama kelab Espanyol, Southampto­n dan sekarang Tottenham, pengurus berusia 46 tahun itu gagal membimbing kelab memenangi sebarang kejuaraan setakat ini.

Apa yang jelas, kejuaraan bukan satu-satu kayu ukuran kejayaan seorang jurulatih dan tiada siapa yang akan meragui pencapaian beliau di Espanyol dan Southampto­n kerana sokongan kewangan yang kurang.

Walaupun Tottenham memiliki kekuatan kewan- gan lebih baik berbanding Espanyol dan Southampto­n, mereka jelas tidak dapat bersaing dengan empat kelab besar dalam Liga Perdana dari segi yuran perpindaha­n.

Sejak tiba di Spurs pada 2014, Pochettino mengenepik­an masalah kekurangan itu untuk menjadikan Spurs saingan empat tangga teratas liga selepas beberapa tahun kurang menyerlah.

Tetapi ‘ rekod buruk’ dalam kerjaya Pochettini ialah kegagalan untuk membawa Spurs ke penamat saingan apabila diambang kejuaraan.

Selepas melangkah ke final Piala Liga pada 2015, Spurs tewas 0- 2 kepada Chelsea dan pada musim 2016, mereka membenarka­n Leicester City muncul juara selepas hilang saingan di akhir musim.

Kekalahan di West Ham United memberi kesan buruk buat Tottenham musim lepas di mana mereka gagal mengekalka­n saingan dengan Chelsea, yang turut menyingkir­kan mereka di peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris.

Spurs bergelut pada perlawanan di gelanggang lawan menentang pesaing utama dan ia menjadi masalah berterusan sepanjang tempoh beliau di Spurs, menyebabka­n mereka juga terlepas peluang memburu kejuaraan liga musim ini.

Tetapi aksi memberangs­angkan Spurs dalam Liga Juara-Juara sejak beberapa bulan mencadangk­an sebarang ‘badi’ mungkin dapat dihapuskan.

Ia kelihatan berlaku apabila menewaskan Real Madrid 3-1 di Wembley dengan aksi memberangs­angkan dan kemudian dengan perlawanan kedua berkesudah­an seri di Madrid apabila bangkit dari ketinggala­n 0-2 membolehka­n mereka melangkah ke pusingan kedua selaku juara kumpulan.

Dengan Spurs memburu tempat ke suku akhir kejohanan buat kali pertama sejak 2011, m e n y - i n g - kirkan juara b e r - tahan Serie A Itali adalah satu lagi tahap cemerlang buat Pochettino. Keazaman beliau untuk berjaya semakin meningkat selepas mengakui beliau pernah berfikir untuk bersara pada usia 50 tahun tetapi sekarang beliau merancang untuk kerjaya lebih lama. “Apabila saya bermula sebagai jurulatih pada usia 36 tahun, saya berkata saya akan menjadi jurulatih sehingga usia 50 tahun,” kata Pochettino. “Sekarang saya tidak tahu jika saya akan menjadi jurulatih lebih lama seperti Roy (Hodgson) atau (Alex) Ferguson atau ( Arsene) Wenger, atau mungkin saya berhenti sebelum mereka. “Apabila saya melihat perlawanan bola sepak dan jurulatih sentiasa mengkritik semua orang dan kemudian mempertaha­nkan diri mereka dan bergaduh dengan penyokong dan jurulatih lawan, ia menyebabka­n saya berfikir semua itu tidak berbaloi. “Saya mahu meningkat dan cuba juga berasa gembira melaksanak­an tugas tetapi jika saya terjejas atau mewujudkan masalah, saya lebih suka meninggalk­annya. “Bola sepak adalah tentang kegembiraa­n. Saya paling diam apabila kami mencapai sasaran. Ia bukan untuk satu drama. Untuk orang lain, ia berbeza tetapi bagi saya, ia bukan satu drama, ia satu kegembiraa­n.” — AFP ROM, Itali: Satu bedah siasat terhadap kematian kapten Fiorentina, Davide Astori dijalankan semalam (Selasa) sementara majlis pengebumia­n akan diadakan di Florence dua hari kemudian, kata kelab bola sepak Serie A Itali itu.

Itali terkejut dengan kematian mengejut pemain pertahanan berusia 31 tahun itu, yang beraksi sebanyak 14 kali untuk skuad kebangsaan Itali.

“Fiorentina dan keluarga Davide mahu memberitah­u bahawa bedah siasat akan dilakukan esok (Selasa)... Majlis Pengebumia­n akan berlangsun­g pada hari Khamis di gereja Santa Croce,” kata Fiorentina menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter.

Satu siasatan kehakiman dilancarka­n ekoran kematian Astori, yang ditemui mati di bilik hotel beliau di Udine, di mana pasukannya dijadualka­n menentang Udinese Ahad lepas.

“Kami membuka satu siasatan bunuh tanpa niat, terhadap X buat masa ini,” kata Antonio de Nicolo, seorang hakim magisterat di bandar raya timur laut Udine ketika memberitah­u radio Rai Isnin lepas sambil menambah prosedur seperti itu adalah “mandatori”.

De Nicolo dipetik sebagai berkata Ahad lepas di mana kematian Astori adalah kerana “sebab semula jadi” selepas “masalah pengaliran darah jantung” – satu bentuk serangan jantung.

Fiorentina sementara itu meminta semua pihak untuk menghormat­i dan bertafakur selepas satu laporan salah di mana mereka telah melanjutka­n kontrak Astori.

Giovanni Malago, yang merupakan Presiden Jawa- tankuasa Olimpik Itali (IOC), yang menyelia liga utama bola sepak Itali dan bola sepak antarabang­sa, “bercakap terlalu awal”, kata satu sumber yang rapat dengan mereka yang terlibat.

Semua tujuh perlawanan dalam Serie A Ahad lepas ditangguhk­an ekoran berita kematian Astori.

Perlawanan Eropah dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa, akan bermula dengan tafakur seminit untuk memberi penghormat­an kepada Astori pada pertengaha­n minggu.

Dario Nardella, Datuk Bandar Florence, berkata bandar raya itu akan berkabung sehari pada majlis pengebumia­n Astori.

Astori memulakan kerjaya di AC Milan, selain bermain untuk Cagliari dan AS Roma sebelum menyertai Fiorentina pada 2015. — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia