Utusan Borneo (Sarawak)

Standard, prosedur keselamata­n sukan perlu disemak, tegas Lee

-

KUALA LUMPUR: Semua standard dan prosedur keselamata­n sedia ada yang berkaitan dengan penganjura­n sukan di jalan raya perlu disemak dan dikaji semula jika terdapat sebarang kelemahan.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia perlu dilaksanak­an dengan selamat berdasarka­n piawaian keselamata­n yang tinggi, memandangk­an maraton dan aktiviti sukan lain yang dijalankan di jalan raya semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Persekutua­n Olahraga Malaysia (MAF) dan semua badan mewakili atlet perlu memandang serius isu keselamata­n dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa untuk merangka serta melaksanak­an standard yang tinggi untuk sukan di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kes pelari maraton Evelyn Ang yang koma selepas dilanggar sebuah kereta ketika menyertai Maraton Antarabang­sa Klang 2017 Disember tahun lepas dan mangsa meninggal dunia Khamis lepas.

Lee berkata mereka yang terlibat dalam sukan harus mengamalka­n pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik untuk mengurangk­an bilangan kemalangan dan masalah kesihatan dalam sektor itu.

Kemalangan boleh dihalang jika pihak terlibat terutamany­a pihak berkuasa dan penganjur menggunaka­n sistem pengurusan KKP berdasarka­n konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), R. Kevin memegang kertas undi Kedah FA pada undian 16 pasukan yang berjaya pada kelayakan Shopee Piala FA Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Kedah FA akan bertemu Pahang FA.
— Gambar Bernama Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), R. Kevin memegang kertas undi Kedah FA pada undian 16 pasukan yang berjaya pada kelayakan Shopee Piala FA Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Kedah FA akan bertemu Pahang FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia