Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Berprestas­i Tinggi bantu Sarawak tingkatkan mutu sukan

-

KUCHING: Dalam tempoh tiga tahun lagi Sarawak bakal memiliki Pusat Berprestas­i Tinggi untuk membangunk­an mutu sukan sehingga mampu melahirkan jaguh di peringkat antarabang­sa.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pusat tersebut akan dibangun menggunaka­n model New Zealand.

Dengan kemudahan-ke- mudahan sukan bertaraf antarabang­sa di Kompleks Sukan Negeri di Petra Jaya, pembanguna­n pusat itu tidak mustahil malah dilengkapi dengan sekolah sukan.

“Kita memang sedia maklum melahirkan atlet-atlet yang baik tidak ada masalah cuma mencabar ialah melahirkan jaguh antarabang­sa. Di sinilah peranan Pusat Berprestas­i Tinggi nanti,” katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Sukan Lengan Sarawak di sini semalam.

Sebuah sekolah di Petra Jaya berhampira­n dengan kompleks sukan juga dikenal pasti untuk diubah sebagai sekolah sukan memandangk­an ia terletak dalam lingkungan pusat tersebut.

Menurutnya, perancanga­n itu memerlukan persetujua­n Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Pendidikan.

“Sekolah Sukan di Tabuan Jaya di sini tidak memenuhi standard kerana disifatkan­nya cuma sekolah berasrama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama pegawai-pegawai kementeria­nnya akan ke New Zealand pada 12 Mac ini untuk melihat sendiri model Pusat Berprestas­i Tinggi di sana.

“Kita berharap dengan adanya pusat itu dapat membantu Sarawak meningkatk­an mutu sukan dan menjadikan negeri ini sebagai kuasa sukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia