Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali dengan single

-

LIZA Hanim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang bukan asing lagi di Malaysia selain salah seorang anak didik Allahyarha­m Adnan Abu Hassan.

Mula dikenali ramai setelah menjadi naib juara pertanding­an Golden Teen Search pada tahun 1996, beliau dilihat antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an.

Sepanjang penglibata­n Liza Hanim dalam dunia seni selama 22 tahun, beliau telah banyak memenangi pelbagai anugerah seperti Naib Juara Golden Teen Search (1996), Juara Bintang Penghibur MHI (1999), Vokal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke-17 (‘Gelisah Mimpi’), Anugerah Piala Perak, Festival Muzik Shanghai (2001), Anugerah Personalit­i Hiburan – Bakat Baru Pelakon (2002), Video Muzik Pilihan – Anugerah ERA 2004 (‘Ku Teruskan’)

Pada tahun 2017, Liza Hanim telah memasuki pertanding­an Gegar Vaganza 4 (GV4) dan mendapat gelaran naib juara, sejurus GV4 melabuhkan tirai, Liza Hanim telah dilamar oleh penyanyi dan komposer terkenal Hafiz Hamidun dan muncul dengan sebuah lagu single berjudul ‘Mimpi’.

‘Mimpi’ adalah hasil nukilan dari Hafiz Hamidun dan lirik ditulis ‘MIMPI’ Lagu: Hafiz Hamidun Lirik: Fedtri Yahya oleh Fedtri Yahya.

Single terbaru ‘Mimpi’ telah siap dirakam di studio rakaman Arteffect Sdn Bhd (Arteffect Record) milik Hafiz sendiri, setelah selesai rakaman lagu ‘Mimpi’ pihak pengurusan Liza Hanim iaitu Laugh Out Loud Entertainm­ent mengeluark­an muzik video (MV) khas buat semua peminat yang selama ini menanti lagu baru dan MV dari artis kesayangan mereka.

MV ‘Mimpi’ ini mengisahka­n seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan kehilangan suami yang baru sahaja berkahwin.

Bermula seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga bersama orang yang dicintai. Mereka akhirnya hidup bersama dan bahagia.

Selepas bebebrapa bulan berkahwin, si suami meninggal dunia akibat penyakit misteri dan si isteri tidak dapat menerima hakikat pemergian suaminya.

Setiap hari si isteri mengenangk­an wajah si suami. Terus menanti dan mengharapk­an si suami pulang dan bahagia seperti dahulu, tapi sayangnya semua itu ibarat ‘Mimpi’.

Harapan Liza Hanim dengan adanya single baru ‘Mimpi’ ini, sedikit sebanyak dapat mengubat hati semua peminat beliau yang selama ini tidak pernah putus menyokong karier beliau selama ini. Pejamkan Mata Dengarkanl­ah Debaranku Yang Tak Berhenti Apakah Ini Getaran Seperti Nada Cinta Berpadu Bahagia Terhampar Di Langit Dan Bintangnya Menari Bersama Fahamilah Bahasa Cinta Terindah… Kini Saatnya Ku Serahkan Hidupku Untuk Berkasih Bersamamu Berteman Rembulan Tak Terasa Malam Pun Berlalu Ku Tak Bisa Menutu Lagi Bahagiaku Namun Mimpiku Yang Dulu Berwarna Kini Berubah Jadi Hamparan Luka Hanya Sebentar Ku Dakap Cintamu Kau Pergi… Kau Pergi Tak Akan Kembali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia