Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan filem popular lakonan Sridevi di sepanjang Mac ini

-

SEPANJANG bulan Mac ini, Tara HD (saluran 108) akan menayangka­n filem-filem popular lakonan pelakon Bollywood yang cukup popular dan disegani Sridevi, setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 2 Mac ini sebagai tanda penghargaa­n terhadap jasanya kepada industri perfileman.

Sridevi, 54, meninggal dunia selepas lemas di dalam tab mandi di bilik hotel yang beliau menginap di Dubai pada 25 Februari lepas dan laporan awal media India mengatakan beliau mengalami masalah jantung.

Sridevi berlakon dalam banyak filem yang mendapat sambutan hangat sekitar 1980-an dan diminati ramai di India.

Beliau berkahwin dengan penerbit filem, Boney Kapoor. Mom (Hindi) – 2 Mac 2018, 10 malam

Filem ‘Mom’ mengisahka­n pengorbana­n seorang ibu terhadap anaknya.

Devki (Sridevi) merupakan seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua anak perempuan dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

Namun begitu, anak perempunny­a, Arya, yang merupakan seorang gadis sensitif yang tidak dapat menerima Devki dalam hidupnya, apatah lagi menyayangi ibunya sepenuh hati.

Devki menunggu dengan penuh harapan agar Arya membuka hatinya untuk menerima kasih sayang seorang ibu.

Satu kejadian malang telah menjarakka­n hubungan antara Devki dan Arya, menjadikan keadaan bertambah rumit.

Filem ini dibintangi oleh Sridevi Kapoor, Akshaye Khanna, Sajal Ali, Adnan Siddiqui, Abhimanyu Singh dan Nawazuddin Siddiqui. Mawaali – 9 Mac 2018, 10 malam

Ramesh mendapat pekerjaan sebagai seorang jurutera di sebuah kilang milik Goyal Verma, seorang ahli perniagaan yang kaya.

Goyal mempunyai seorang anak perempuan, Nisha, yang bercinta dengan Ramesh.

Namun begitu, perhubunga­n mereka tidak mendapat restu daripada Goyal dan sebagai seorang majikan, Goyal telah menggunaka­n kuasanya untuk memecat Ramesh daripada bekerja di kilangnya. Tohfa – 16 Mac 2018, 10 malam

Tohfa adalah sebuah filem di bawah arahan pengarah K. Raghavendr­a Rao yang mencatat kutipan tertinggi pada tahun 1984.

Filem ini mengisahka­n tentang percintaan tiga segi di antara Jeetendra, Sridevi dan Jaya Prada.

Tohfa juga merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada filem Telugu, Devata. Jaani Dost – 23 Mac 2018, 10 malam

Jaani Dost merupakan filem aksi Bollywood yang dibintangi oleh Dharmendra, Jeetendra, Parveen Babi, Sridevi.

Ia mengisahka­n tentang dua sahabat rapat dari zaman kanakkanak yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran selepas mereka melibatkan diri mereka dalam kumpulan samseng. Mr. India – 30 Mac 2018, 10 malam

Mr. India adalah filem sains fiksyen Hindi yang diarahkan oleh pengarah Shekhar Kapur dan dibintangi oleh Anil Kapoor, Sridevi dan Amrish Puri.

Filem ini merupakan filem yang mencatatka­n kutipan paling tinggi di India pada tahun 1987 dan kekal sebagai klasik kultus di India serta diisytihar­kan sebagai antara 100 Filem India Terhebat Sepanjang Masa di India.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia