Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pembersiha­n etnik’ Rohingya berterusan: PBB

Myanmar meneruskan­nya melalui ‘kempen keganasan dan kebuluran secara paksaan’ di Rakhine

-

YANGON: Myanmar meneruskan “pembersiha­n etnik” Rohingya melalui “kempen keganasan dan kebuluran secara paksaan” di negeri Rakhine, seorang wakil hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) menyatakan semalam, enam bulan selepas serangan tentera mendorong penduduk minoriti Islam itu beramairam­ai meninggalk­an negara tersebut.

Kira-kira 700,000 orang Rohingya telah melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak keganasan meletus pada Ogos, membawa bersama mereka keterangan konsisten mengenai kisah pembunuhan, pemerkosaa­n dan pembakaran secara sengaja oleh anggota tentera dan pasukan pengawal sukarela.

“Pembersiha­n etnik Rohingya dari Myanmar diteruskan. Saya tidak fikir kami dapat membuat sebarang kesimpulan lain selain daripada apa yang saya lihat dan dengar di Cox’s Bazar,” pembantu Setiausaha Agung PBB bagi Hak Asasi Manusia Andrew Gilmour menyatakan selepas bercakap dengan orang Rohingya yang baharu tiba di kem pelarian yang penuh sesak di Bangladesh.

“Sifat keganasan telah berubah daripada pertumpaha­n darah kejam dan tindakan merogol beramai-ramai pada tahun lepas kepada kempen keganasan yang kurang te- gang dan kebuluran secara paksaan.”

Kenyataann­ya turut menyatakan “adalah tidak dapat dipercayai” bahawa manamana orang Rohingya dapat kembali ke Myanmar dalam masa terdekat ini, di sebalik janji Myanmar untuk mula menerima semula beberapa pelarian.

“Kerajaan Myanmar sedang sibuk memberitah­u dunia bahawa ia bersedia menerima orang Rohingya yang pulang, sementara pada masa yang sama pasukan tenteranya berterusan menghalau mereka ke Bangladesh,” kata Gilmour.

“Kepulangan yang selamat, bermaruah dan terjamin sudah pastinya mustahil d bawah keadaan sekarang.”

Pihak tentera Myanmar menegaskan seranganny­a adalah diperlukan untuk membantera­s militan Rohingya yang menyerang pos polis sempadan pada Ogos, membunuh kira- kira 12 orang.

Doktor Tanpa Sempadan ( MSF) menganggar­kan sekurang-kurangnya 6,700 orang Rohingya terbunuh pada bulan pertama serangan itu sahaja.

Beratus-ratus kampung Rohingya telah dibakar, dan imej satelit terkini menunjukka­n sekurang-kurangnya 55 kampung telah dimusnahka­n sepenuhnya, memadam semua kesan bangunan, perigi dan tanaman. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL: Anggota pasukan keselamata­n Myanmar berkawal di sempadan Myanmar-Bangladesh ketika pelarian Rohingya berdiri di luar khemah mereka dekat Tombru, di daerah Bandarban, Bangladesh pada 1 Mac lalu.
— Gambar AFP KAWAL: Anggota pasukan keselamata­n Myanmar berkawal di sempadan Myanmar-Bangladesh ketika pelarian Rohingya berdiri di luar khemah mereka dekat Tombru, di daerah Bandarban, Bangladesh pada 1 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia