Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengintip Rusia kritikal selepas terdedah ‘bahan tidak dikenal pasti’

-

LONDON: Seorang bekas ejen menyamar Rusia yang menetap di Britain sebagai sebahagian daripada pertukaran pengintip paling besar sejak Perang Dingin berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki terdedah kepada apa yang menurut polis adalah “sejenis bahan yang tidak dapat dikenal pasti,” lapor media Britain kelmarin.

BBC dan badan penyiaran lain menamakan mangsa sebagai Sergei Skripal berusia 66 tahun, yang telah dimasukkan ke hospital dalam unit rawatan rapi pada Ahad lepas bersama seorang wanita yang tidak dikenali, di bandar Salisbury.

Seorang bekas kolonel dalam perisikan tentera Rusia, Skripal dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun di Rusia pada 2006 atas tuduhan mengintip untuk Britain.

Namun beliau diberikan perlindung­an di UK selepas satu pertukaran pengintip yang berprofil tinggi antara Amerika Syarikat dan Rusia pada 2010.

Keadaan beliau yang kelihatan disasarkan telah membangkit­kan semula kes Alexander Litvinenko, seorang bekas pengintip Rusia yang meninggal dunia pada 2006 selepas diracuni dengan ‘polonium’ radioaktif di London.

Siasatan Britain mengenai kematian pada 2016 memutuskan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin “kemungkina­n meluluskan” pembunuhan dan mengenal pasti dua rakyat Rusia, Andrei Lugovoi dan Dmitri Kovtun, sebagai suspek utama.

Polis Britain kelmarin menyatakan mereka telah mengumumka­n satu “insiden besar” selepas dua orang – seorang lelaki dalam usia 60-an dan seorang wanita dalam lingkungan 30-an – ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi panjang di luar pusat beli-belah di Salisbury, 85 batu barat daya London. Mereka masih berada dalam unit rawatan rapi sementara satu “respons pelbagai agensi” telah diselarask­an, Craig Holden, Pemangku Pembantu Ketua Konstabel polis Wiltshire, menyatakan dalam satu kenyataan.

“Di samping beberapa agensi rakan kongsi kami, kami telah melakukan beberapa siasatan lanjut untuk menentukan apa sebenarnya yang membuatkan dua orang ini tidak sedarkan diri dan mengesahka­n sama ada ya atau tidak mana-mana aktiviti jenayah telah berlaku,” tambah beliau.

Beberapa bahagian di pusat bandar masih lagi ditutup pada malam kelmarin ketika perkhidmat­an kecemasan yang memakai pakaian seragam pencegah bahaya terus memeriksa kawasan di sana.

Rakaman TV menunjukka­n mereka sedang menyembur air di beberapa kawasan awam dan memeriksa tong sampah, sementara sebuah restoran tempatan ditutup “sebagai langkah berjaga-jaga” berhubung dengan insiden tersebut, menurut polis.

Sementara itu kenderaan polis turut dirakam berada dekat kediaman Skripal di Salisbury.

Holden berkata polis Wiltshire telah “menerima satu panggilan daripada orang awam yang berasa bimbang dengan kesejahter­aan dua orang” pada sekitar jam 4.15 petang waktu tempatan pada Ahad lepas.

“Kedua-dua mereka yang dipercayai saling mengenali antara satu sama lain, tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan yang keras dan telah dibawa ke Hospital Daerah Salisbury.

“Mereka sedang menerima rawatan kerana disyaki terdedah kepada sejenis bahan tidak dapat dikenali,” jelas beliau, sambil menambah bahawa mereka berada dalam keadaan yang kritikal.’

Polis berkata ia tidak diisytihar sebagai insiden menangani keganasan, dan merayu kepada beberapa saksi agar tampil ke depan.

Freya Church, yang melihat pasangan itu tumbang di atas bangku, memberitah­u BBC bahawa mereka kelihatan seperti “sedang khayal”.

“Ia kelihatan seperti mereka telah mengambil sesuatu yang agak kuat,” jelas beliau.

Seorang jurucakap Kesihatan Awam England, agensi penjagaan kesihatan, menyatakan “tidak kelihatan seperti wujud risiko segera terhadap kesihatan umum.”

Beliau menambah, “dalam situasi seperti ini saintis kami dan rakan perubatan menyertai respons pelbagai agensi, dan bila masa yang sesuai, menyumbang mana- mana nasihat kesihatan awam yang diperlukan.”

Di sebalik jaminan itu, polis Wiltshire memberi amaran kepada penduduk tempatan agar menghubung­i perkhidmat­an kecemasan “sekiranya kamu berasa kesihatan anda sendiri dan orang lain adalah sangat ketara merosot”.

Skripal adalah antara 14 pengintip yang ditukarkan oleh Moscow dan Washington di lapangan terbang Vienna di Austria pada 2010, dalam keadaan yang mengimbas kepada Perang Dingin.

Pertukaran adalah termasuk Anna Chapman, seorang anggota yang sangat terkenal di kalangan kumpulan pengintip Rusia yang didedahkan di pantai timur AS yang menjadi lebih terkenal sebaik sahaja beliau kembali ke Moscow.

Skripal, seorang pesara kolonel perkhidmat­an rahsia Rusia, telah disabitkan dan dipenjarak­an selama 13 tahun pada 2006 kerana mengkhiana­ti ejen perisikan Rusia kepada perkhidmat­an rahsia M16 di Britain.

Rusia menuduh Skripal bekerja dengan MI6 sejak 1990 dan bahawa ia telah membayarny­a sebanyak $100,000 untuk maklumat.

Skripal telah diampuni sebelum pertukaran pengintip 2010 dan diterbangk­an ke Britain, di mana beliau telah menjalani kehidupan berprofil rendah sepanjang lapan tahun lepas.

 ?? — Gambar Reuters ?? BERJAGA-JAGA: Dua anggota polis dilihat di luar kawasan yang ditutup selepas seorang bekas pengintip Rusia berada dalam keadaan kritikal akibat terdedah kepada bahan yang tidak dapat dikenal pasti di Salisbury, selatan England kelmarin.
— Gambar Reuters BERJAGA-JAGA: Dua anggota polis dilihat di luar kawasan yang ditutup selepas seorang bekas pengintip Rusia berada dalam keadaan kritikal akibat terdedah kepada bahan yang tidak dapat dikenal pasti di Salisbury, selatan England kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia