Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom nekad bunuh tiga di timur laut Nigeria

-

KANO: Seorang pengebom nekad yang menunggang basikal membunuh tiga orang pada lewat kelmarin ketika dia meletupkan bomnya di luar bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, militia awam memberitah­u AFP.

Seramai 18 orang turut tercedera dalam serangan, yang berlaku di kawasan Muna Dalti I bandar tersebut, menurut Musa Ari, anggota militia awam yang membantu operasi keselamata­n menentang Boko Haram.

“Pengebom menyerang pada kira- kira jam 8.20 malam waktu tempatan di tengah-tengah sekumpulan penduduk yang sedang beriadah, membunuh tiga orang dan mencederak­an 18 lain,” tambah beliau.

“Tidak ada kecurigaan bahawa ini adalah kerja pengganas Boko Haram.”

Seorang lagi ketua militia, Ibrahim Liman, memberi angka yang sama dan menyatakan pengebom telah meletupkan bahan letupan ketika dia melalui kumpulan tersebut.

Kawasan Muna di Maiduguri, yang menempatka­n sebuah kem besar untuk golongan yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik, telah beberapa kali diserang oleh pengebom nekad yang dipersalah­kan terhadap Boko Haram.

Sasaran sebelum ini termasuk kem tersebut, pusat pemeriksaa­n tentera dan militia awam, dan sebuah stesen bas.

Boko Haram semakin kerap menggunaka­n pengebom wanita terhadap “sasaran mudah” awam, terutama masjid, pasar dan perhimpuna­n lain, dalam pemberonta­kannya.

Pada Ahad lepas, tiga pengebom nekad wanita terbunuh dalam satu serangan nekad yang gagal di pekan Konduga, 38 kilometer dari Maiduguri, menurut militia.

Liman berkata tudung pengebom itu telah tersangkut pada kawat duri pagar keselamata­n yang diletakkan oleh pengawal sukarela untuk menghalang penyerang nekad Boko Haram.

“Pengebom itu meletupkan diri mereka sendiri bagi mengelakka­n ditangkap dan mencederak­an seorang yang berhampira­n,” tambah beliau.

Pihak tentera dan kerajaan Nigeria masih menyatakan militan Islam adalah pasukan lemah, selepas kempen pencegahan keganasan yang bermula pada awal 2015.

Namun ketika pejuang jihad tidak lagi menawan wilayah yang mereka pernah lakukan di timur laut, terdapat beberapa petanda mereka mungkin lebih kuat berbanding dakwaan pihak berkuasa.

Pada 19 Februari, pejuang yang bersenjata lengkap menculik 110 pelajar sekolah dari pekan Dapchi, di wilayah Yobe, sementara pada Jumaat lepas, militan menyerang pekan Rann di Borno.

Lapan anggota tentera dan tiga pekerja bantuan terkorban, memaksa penangguha­n operasi kemanusiaa­n di pekan terpencil itu selama seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia