Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Itali mahu bunuh diri akhirnya tembak mati pendatang

-

ROM: Seorang lelaki Itali yang dilaporkan meninggalk­an rumahnya untuk membunuh diri sendiri pada pagi semalam akhirnya menembak mati seorang pendatang dari Senegal di atas jambatan di tengah Florence, menurut laporan media tempatan.

Lelaki berusia 65 tahun itu meninggalk­an rumahnya sambil membawa selaras senapang yang dimiliki secara sah selepas meninggalk­an sekeping nota bunuh diri dialamatka­n kepada anak perempuann­ya.

Namun suspek, yang kenyataann­ya mengenai kejadian masih lagi mengeliruk­an, tidak sanggup mencabut nyawanya sendiri, atau telah berubah hati dan sebaliknya telah menembak ke arah seseorang yang melalui kawasan itu.

Menurut media, dia ingin menghabisk­an sisa- sisa hidupnya dalam penjara kerana tidak mahu terus menjadi beban kepada keluargany­a.

Beberapa laporan menyatakan dia memilih untuk tidak melepaskan tembakan terhadap orang pertama yang dia temui, yang berjalan bersama anak- anak mereka, sebaliknya memilih seorang pendatang Senegal berusia 54 tahun, menembak ke arahnya sebanyak enam kali.

Mangsa, yang menetap secara sah di negara ini, kemudian meninggal dunia akibat kecederaan­nya, meninggalk­an pasangan dan anak perempuann­ya.

Setelah dimaklumka­n oleh beberapa saksi, pasukan keselamata­n menahan penembak tersebut.

Pada awal tengah hari, kira- kira 20 rakyat Senegal yang berkabung melakukan mogok di atas jambatan bagi mengecam pembunuhan tersebut.

“Kami akan berada di sini selama yang perlu. Ini adalah lelaki Senegal ketiga yang dibunuh di Florence, cukuplah sudah,” salah seorang daripada mereka memberitah­u media.

Pada 2011, dua peniaga jalanan dari Senegal dibunuh di Florence oleh seorang aktivis haluan kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia