Utusan Borneo (Sarawak)

AXA Affin General Insurance tawar perlindung­an bagi pemandu e-hailing

-

KUALA LUMPUR: AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) melancarka­n ‘AXA SmartDrive-Sharing’, insurans motor yang disediakan khusus bagi pemandu yang membawa penumpang e-hailing di Malaysia.

Syarikat itu menyasar menyediaka­n kepada pemandu e-hailing perlindung­an menyeluruh 24 jam sama ada ketika mereka memandu bagi perkhidmat­an e-hailing atau penggunaan peribadi.

“Pelan insurans ini meliputi kerugian atau kerosakan kenderaan pemandu, liabiliti kepada pihak ketiga, liabiliti undang-undang kepada/bagi penumpang dan perlindung­an kemalangan peribadi sehingga RM10,000,” kata AAGI dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pemandu juga akan menikmati perkhidmat­an tokokan nilai AXA seperti kelulusan tuntutan yang pantas dalam masa lima hari bekerja, selepas serahan dokumen penuh, dan bantuan tepi jalan dengan AXA SmartDrive Assistance Plan, termasuk perkhidmat­an panggilan hotline 24 jam, penundaan dan jaminan pembaikan enam bulan.

Syarikat itu berkata, perkhidmat­an e-hailing telah berkembang pesat di Malaysia, dengan 180,000 pemandu beroperasi di negara ini, dan langkah kerajaan membenarka­n secara rasmi perkhidmat­an e-hailing baru-baru ini telah menyediaka­n ruang bagi perlindung­an pemandu e-hailing kerana insurans motor persendiri­an menyeluruh tidak merangkumi perkhid- matan e-hailing.

“Semasa memandu, anda mahu dapat memandu dengan mengetahui bahawa anda dan penumpang anda dilindungi. Itulah sebabnya mengapa kami menyediaka­n pelan ini untuk memperkasa­kan pemandu e-hailing agar mereka dapat memandu dengan fikiran yang tenang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AAGI, Emmanuel Nivet

Bagi maklumat lanjut mengenai pelan insurans ini, layari laman webt AAGI di www.axa. com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia