Utusan Borneo (Sarawak)

Johor bakal ganti Lembah Klang jana ekonomi negara

-

ISKANDAR PUTERI: Pertu2mbuh­an pesat pembanguna­n di Johor, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, yang diunjurkan terus berkembang rancak dalam beberapa tahun akan datang, diunjur berkemungk­inan menggantik­an Lembah Klang sebagai wilayah penyumbang penting ekonomi negara.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin pertumbuha­n ekonomi di negeri itu akan berkembang lebih pesat dalam tempoh 10 tahun ini berdasarka­n beberapa trend dan faktor positif yang bakal menjayakan­nya.

Trend itu termasukla­h hakikat bahawa Lembah Klang kini sudah sarat dan tiada lagi kawasan yang hendak dibangunka­n pada masa depan susulan kepesatan pembanguna­n selama ini.

Selain itu, keyakinan berkenaan turut bersandark­an pencapaian Johor memperoleh pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan selama empat tahun berturut-turut sejak 2013, selain menjadi antara penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selepas Lembah Klang.

“Ketiga, jika dibandingk­an Johor dengan Selangor dan Pulau Pinang, Pulau Pinang merupakan negeri yang kecil manakala Selangor mendapat limpahan daripada Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur belanja di Kuala Lumpur, Selangor yang dapat (manfaat). Johor tiada, namun lihatlah perkembang­an Johor sekarang,” katanya pada temu bual bersama BERNAMA di pejabatnya di Kota Iskandar, pusat pentadbira­n Kerajaan Johor, baru-baru ini.

“Dalam tempoh 10 tahun akan datang, anda bakal menyaksika­n Johor, sebuah ekonomi yang akan membangun dengan pesat,” kata Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA).

Sejak 2011 sehingga 2016, pertumbuha­n ekonomi Johor melepasi kadar direkodkan untuk Malaysia setiap tahun, dengan purata 5.9 peratus berbanding 5.1 peratus bagi Malaysia.

Pertumbuha­n ekonomi Johor digerakkan oleh kekuatan pelbagai sektor, dan tidak terlalu tertumpu kepada hanya satu sektor pendorong. Johor ialah negeri ketiga terbesar bagi semua sektor utama negara kecuali perlombong­an.

Bagi 2016, Johor mencatatka­n kadar pertumbuha­n KDNK 5.7 peratus, iaitu ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Labuan. KDNK Malaysia pada tahun itu pada 4.2 peratus.

Mengambil kira unjuran pertumbuha­n itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya membuat persediaan awal dalam merangka dan mewujudkan pelbagai pelan pembanguna­n di negeri ini, mengikut acuan dan keperluan rakyatnya.

Pelan itu, antara lain merangkumi pembanguna­n potensi setiap daerah berdasarka­n kelebihan kawasan masingmasi­ng melalui satu pelan yang dinamakan sebagai Pelan Pertumbuha­n Strategik Negeri Johor.

Mengikut pelan yang dilancar pada 2016 itu, setiap daerah mempunyai rancangan pembanguna­n masing-masing, sebagai contoh daerah Muar bakal dibangunka­n sebagai hab pendidikan dan perabot dan Mersing dalam sektor pelanconga­n.

Mohamed Khaled, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, berkata semua usaha ini dilakukan kerana menyedari adalah mustahil untuk setiap daerah membangunk­an projek yang sama.

“Kita tidak berkehenda­kkan apa yang ada di Iskandar, Pengerang dibuat juga di daerah lain, (itu adalah) mustahil. Atas sebab itu, kita berusaha membangunk­an daerah-daerah mengikut kelebihan masingmasi­ng,” katanya.

Menyentuh kepesatan pembanguna­n yang sedang berlaku di Johor Bahru, Pengerang dan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, Mohamed Khaled berkata kepesatan itu tidak seharusnya mengundang perasan iri hati dalam kalangan penduduk di daerah lain di negeri ini.

Ini dsebabkan kesemua kepesatan itu, akan memungkink­an kerajaan negeri menjana sumber kukuh untuk diagihkan ke daerah lain semata-mata untuk pembanguna­n keperluan asas lebih bermutu dan prasarana lain yang memanfaatk­an rakyat.

“Pendekatan kerajaan negeri adalah untuk memastikan pembanguna­n yang ada di Johor bersifat inklusif, seimbang dan membawa kesejahter­aan kepada rakyat.

“Jika kita tidak ada pertumbuha­n, kemajuan di manamana daerah khususnya di Iskandar dan Pengerang, kita tidak mungkin mempunyai sumber dan kekuatan untuk membangunk­an, memajukan kawasan lain.

“Oleh sebab kita sudah memilih untuk membangunk­an Johor secara inklusif dan seimbang, maka kita perlu juga memastikan daerah lain tidak wujud jurang yang begitu besar dengan daerah yang berlaku pertumbuha­n pesat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia